Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

JUALAN ATAS TALIAN PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN NEKMAT

LATAR BELAKANG

 

Pada masa ini, Projek Pemasaran NEKMAT yang merangkumi projek jualan di Pasar Borong Kuala Lumpur, projek jualan di pasar tani dan jualan ikan rakyat.

 

Projek jualan secara di atas talian dijalankan bagi menyahut seruan Pengerusi NEKMAT dan mengikut pengembangan arus semasa dari segi pemasaran. Projek Pemasaran NEKMAT telah membuat perancangan bagi menjalankan pemasaran secara atas talian bagi memasarkan hasil ikan dan produk ikan segar, ikan Q’Fish dan produk-produk hasil perikanan keluaran NEKMAT.

 

Projek jualan secara atas talian merangkumi 2 kaedah iaitu melalui portal yang dibangunkan dan dikendalikan oleh NEKMAT iaitu NEKMATBIZ dan menggunakan platform e-dagang terkemuka Shopee yang mula dilaksanakan bermula pada 20 April 2020.

 

Aktiviti promosi yang dilaksanakan bagi mempromosi laman web NEKMATBIZ:-

Promosi Pakej Jimat Berganda bagi menarik pengguna membeli secara pakej berdasarkan pakej-pakej yang disediakan

 

https://nekmatbiz.com.my/

Promosi di portal-portal berita dan media masa oleh pihak NEKMAT dan LKIM bagi memperkenalkan kepada pengguna laman sesawang jualan ikan secara atas talian NEKMATBIZ

NEKMAT @ SHOPEE

 

 

Jualan atas talian melalui portal e-dagang Shopee mula dilaksanakan bermula pada 20 April 2020 dengan kerjasama antara NEKMAT, LKIM dan Shopee dan Lalamove sebagai ejen penghantaran.

 

Pihak NEKMAT dan LKIM bersetuju berkolaborasi dengan pihak Shopee bagi tujuan menambah platform jualan secara atas talian selain dari laman web NEKMATBIZ. Shopee dipilih memandangkan Shopee merupakan laman e-dagang yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia dengan 80 juta muat turun. Pihak Shopee telah memberi taraf ’Mall’ yang kepada NEKMAT yang mana merupakan taraf bagi produk yang diperakui oleh pihak Shopee seperti jenama-jenama Samsung, Microsoft dan Huawei.

 

Berikut merupakan senarai produk yang telah disenaraikan di dalam portal e-dagang Shopee

 

https://shopee.com.my/nekmat.os