Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Unit Komunikasi Korporat

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Unit Komunikasi Korporat

MISI 

 Ke arah memesatkan pembangunan Korporat LKIM melalui kecemerlangan tenaga manusia yang produktif serta maklumat yang tepat.

OBJEKTIF UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

1. Membantu membentuk imej yang menggambarkan komitmen LKIM dalam menggerakkan industri perikanan dan sebagai penyumbang kepada pertumbuhan sektor perikanan negara.
2. Mengada dan menyebarkan maklumat kepada kumpulan sasar untuk membentuk nelayan berdaya maju sama ada melalui media cetak atau media elektronik.
3. Menangani secara berkesan aspek komunikasi antara LKIM dengan semua konsituensinya menerusi strategi dan program komunikasi yang mantap serta berterusan bagi melahirkan pasukan pengurusan dan nelayan yang sensitif dalam mengerakkan industri perikanan negara.
4. Memelihara hubungan baik dan persefahaman dikalangan para pegawai/kakitangan LKIM dengan pihak pengurusan LKIM.
5. Membantu sesuatu pasukan petugas yang berkualiti melalui pengalaman PA yang betul dikalangan semua pegawai/kakitangan LKIM terhadap publisiti dalam dan luaran.
6. Meningkatkan tahap komunikasi yang lebih berkesan di kumpulan sasar dan LKIM.

 

TUGAS UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

1. Memastikan aktiviti-aktiviti LKIM mendapat publisiti meluas melalui media massa.
2. Memastikan khalayak sasar LKIM memahami dan menerima program-program LKIM dan Kementerian.
3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti secara sistematik dan teratur.
4. Melaksanakan tugas keurusetiaan aduan awam bagi LKIM.
5. Merancang dan menyelaras strategi media bagi LKIM.
6. Menyelaras program-program dengan pihak media cetak dan media elektronik.
7. Melaksanakan penerbitan Buletin LKIM.
8. Mengatur penglibatan Bahagian-Bahagian lain dalam aktiviti pameran yang melibatkan LKIM.
9. Mengatur Program Hari Bertemu Pelanggan diperingkat Negeri dan Persatuan Nelayan.

 

Hubungi Kami:

Unit Komunikasi Korporat

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,

Aras 5, Wisma LKIM,

Jalan Desaria, Pulau Meranti,

47120 Puchong, Selangor.

No. Telefon: 03-80649000

No. Faks: 03-80603684

Email :