Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

UNIT UNDANG-UNDANG


Visi

Menjadi unit yang berwibawa dalam memberi nasihat dan menguruskan hal ehwal perundangan yang professional dan bermutu selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

 

Misi

Menjadi unit yang diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam menguruskan hal ehwal perundangan dengan mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat berterusan kepada LKIM dan negara.

 

Piagam Pelanggan

Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap,  professional, beretika dan mesra pelanggan seperti berikut :

 

     Memberi khidmat nasihat perundangan kepada LKIM dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh diterima (bergantung kepada tahap kekompleksan kes dan keterlibatan agensi lain).

       Menyemak dan mengemaskini perundangan bagi setiap lima (5) tahun.

      Memfailkan kes-kes tuntutan sivil ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan lengkap diterima menerusi panel peguam yang dilantik.

   Melantik panel peguam bagi mewakili LKIM dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh terimasaman litigasi sivil terhadap LKIM.

       Memberi maklum balas terhadap permasalahan perundangan yang dihadapi dalam tempoh satu (1) minggu (bergantung kepada tahap kekompleksan kes.

 

Objektif

Mengurus hal ehwal perundangan serta memberi nasihat perundangan yang berkualiti dan professional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia kepada LKIM.

 

Fungsi Unit Undang-Undang

Unit Undang-Undang dibahagikan kepada dua (2) sektor bagi melicinkan urusannya iaitu Sektor Pentadbiran dan Sektor Litigasi, Semakan dan Nasihat Perundangan.

 

a)    Sektor Pentadbiran

       Menguruskan urusan surat-menyurat dalaman dan luaran.

     Mengawalselia fail-fail Unit Undang-Undang keseluruhannya (Fail Aktif, Dalam Proses, Tidak Aktif) termasuk Bilik Fail.

       Menguruskan hal ehwal staf Unit Undang-Undang

       Menyediakan laporan bulanan/tahunan.

       Menguruskan hal berkaitan kewangan termasuklah perutukan/bajet.

       Memastikan urusan pentadbiran selaras dengan standard ISO sentiasa dipatuhi.

       Menyelaras hal-hal berkaitan aset-aset unit dan aspek kualiti bahagian.

b)    Sektor Litigasi, Semakan dan Nasihat Perundangan

       Menyelaras dan meneliti kes-kes berkaitan tuntutan sivil.

       Merekodkan setiap butiran kes dalam sistem komputer.

       Mengeluarkan Notis Tuntutan (NOD) kepada pihak yang terlibat.

       Memantau dan melakukan pengemaskini status (getting-up’’) setiap kes mahkamah, memantau dan melaporkan perkembangan kes-kes litigasi.

       Menyediakan laporan terkini berkenaan perkembangan kes.

   Mengemaskini semua perutukan perundangan yang digunapakai oleh LKIM dari semasa ke semasa

 

       Memberi khidmat nasihat perundangan kepada LKIM secara umumnya berkenaan perkara yang dirujuk kepada Unit Undang-Undang

SOP/Garis Panduan/ Dasar/ Manual/ Pekeliling

Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49]

Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010

Kaedah-Kaedah Pemasaran Ikan 2010

Peraturan-Peraturan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pengiktirafan Tempat Pendaratan Ikan Untuk Eksport Ikan ke Kesatuan Eropah) 2010

Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44]

 

Peraturan-Peraturan Persatuan Nelayan 1972

Unit Undang-Undang

     Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,

     Aras 3, Wisma LKIM,

    Jalan Desaria, Pulau Meranti,

    47120 Puchong, Selangor.

 03-8064 9000

03-8060 3721

 lkimlegal@lkim.gov.my