Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA)

Dalam usaha memperbaiki kedudukan sosioekonomi di kalangan masyarakat nelayan, perhatian perlu ditumpukan kepada keluarga nelayan yang terdiri daripada isteri nelayan dan juga anak-anak nelayan.

 

Isteri para nelayan dapat memainkan peranan penting untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). Dengan adanya KUNITA, memudahkan pihak LKIM menyelaras atau menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran ini.

 

Kumpulan Wanita Nelayan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.

Objektif penubuhan Kunita:

  • Mewujudkan keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang baik.
  • Mewujudkan masyarakat nelayan yang bermoral dan beretika.
  • Mengukuhkan kegiatan sosial dan ekonomi Persatuan Nelayan menerusi usaha galakan menabung, perniagaan dan pelaburan.
  • Mengenalpasti dan mengusahakan potensi tenaga wanita untuk menambah pendapatan keluarga.
  • Melahirkan pemimpin wanita dan beliawanis di kalangan isteri dan anak-anak nelayan.
  • Memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan berfikiran terbuka.

 

Syarat penubuhan Kunita

  • Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.
  • Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hingga 8 orang.
  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.

 

Syarat keahlian :

  • Isteri nelayan yang mana suaminya adalah ahli Persatuan Nelayan
  • Anak atau adik perempuan nelayan yang berumur 18 tahun ke atas
  • Ibu tunggal yang kematian suami yang bekerja sebagai nelayan

 

Bilangan ahli KUNITA mengikut negeri :

Bil.NegeriBilangan KUNITAKeahlian
1.Perlis1150
2.Kedah4184
3.Pulau Pinang6490
4.Perak239
5.Selangor2207
6.Negeri Sembilan244
7.Melaka124
8.Johor9298
9.Pahang586
10.Terengganu6292
11.Kelantan270
12.Sarawak151,805
13.Sabah9486
14.W.P Labuan245
Jumlah664,220

Standard Operating Procedure bagi permohonan bantuan kepada kumpulan ekonomi nelayan :

Kriteria bantuan naiktaraf premis perniagaan dan pembelian peralatan projek Kunita yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Tapak premis adalah milik Persatuan Nelayan/ LKIM/ Kerajaan Negeri.
  • Bagi premis yang disewa mestilah sewaan secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama surat permohonan.
  • Bagi pembekalan peralatan mestilah sesuai untuk kegunaan projek.
  • Mempunyai potensi untuk berkembang tetapi mempunyai kekangan dari segi modal untuk pembangunan infrastruktur dan peralatan.

Kertas kerja cadangan menaiktaraf premis perniagaan Kunita hendaklah:

  • Projek yang dirasakan berdaya maju dan mampu memberi peluang kepada Kunita.
  • Melalui sokongan Pengarah LKIM Negeri.
  • Impak Projek kepada ahli Kunita – bilangan penerima manfaat dan jumlah peningkatan pendapatan.

Aktiviti-aktiviti Kunita

Kunita PNK Bacok

Kunita PNK Bachok Kelantan menjalankan pemprosesan ikan talang masin

Kunita Sri Betong, Pulau Pinang.

Program Ceramah/ Motivasi