Diwujudkan dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti tangkapan ikan dan perusahaan yang berkaitan melalui peningkatan teknologi dan kemahiran terutamanya di kawasan – kawasan pembangunan nelayan. Fokus utama yang sedang dilakukan adalah untuk memastikan sumber protein negara iaitu ikan dapat diperolehi secara mapan dan melibatkan golongan belia. Oleh yang demikian, pelbagai program sedang dilaksanakan seperti berikut;
Diantara program Pembangunan Perikanan Laut adalah seperti berikut :
Program Pemodenan Bot Nelayan
Program pemodenan laut dalam adalah salah satu usaha untuk membantu nelayan dalam meningkatkan infrastruktur bot dan peralatan terkini sektor penangkapan ikan. Penggunaan peralatan moden adalah digalakkan bagi mengurangkan kos operasi penangkapan ikan disamping memudahkan operasi nelayan ke laut dengan penggunaan peralatan moden dan efisyen.
Bantuan Peralatan Moden (Touch Point)
Program bantuan peralatan bertujuan untuk menggalakkan nelayan turun ke laut menggunakan bot yang lebih moden dan peralatan menangkap ikan yang lebih baik. Penggunaan peralatan moden dapat membantu mengurangkan kos operasi, masa dan meningkatkan hasil tangkapan. Ini secara tidak langsung menambah pendapatan nelayan secara amnya.
Diantara bantuan yang boleh diberikan kepada nelayan melalui program ini adalah seperti berikut:
Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)
Pembangunan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) dengan teknologi terkini bagi capaian lokasi penangkapan ikan yang lebih efisyan. Sistem ini dapat meramal dan menentukan zon potensi tangkapan ikan dari masa ke semasa dengan menggunakan aplikasi dan peranti yang berkesan. Penggunaan sebaran menghantar maklumat melalui penggunaan telefon dapat menjimatkan masa dan penyampai yang lebih tepat serta terkini dapat di wujudkan. Program ini dibangunakan melalui jalinan kerjasama antara LKIM, NEKMAT, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Kursus Modal Insan
Kursus Modal Insan bertujuan untuk melatih dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada nelayan dalam kemahiran pengendalian peralatan menangkap ikan. Melalui kursus yang dijalankan ianya dapat membantu nelayan mengendali peralatan dengan betul serta mempunyai kemahiran dalam membaikpulih peralatan sekiranya berlaku kerosakan kepada peralatan.
Antara kursus kemahiran teknologi peralatan perikanan yang diberikan kepada nelayan adalah merangkumi aspek :
Kerjasama Strategik bagi Pembangunan Perikanan Laut
Dibawah Program Pembangunan Perikanan Laut juga pihak LKIM menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang merangkumi program seperti berikut: