Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN

OBJEKTIF BAHAGIAN

1. Mengawalselia Kompleks/Labuhan perikanan seluruh Negara dan memastikan kepatuhan minimum (minimum compliances) sebagai pengkalan pendaratan ikan.

2. Memastikan kendalian ikan yang baik (Good Handling Practice) diamalkan di semua Kompleks/Labuhan pendaratan supaya bekalan ikan segar dan berkualiti inggi dan selamat dimakan.

3. Memastikan LKIM sebagai salah satu ‘Competent Authority’ yang diiktiraf dalam menentukan ‘market access’ produk perikanan, dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.

4. Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memastikan ‘market access’ eksport produk perikanan Negara tidak terhalang disebabkan isu SPS.

5. Mengawalselia dan mewujudkan program dan sistem maklumat tracebiliti ikan dari vessel mendarat atau negara pengimport hingga ke premis industry dan pasaran pengguna.

6. Memastikan ikan yang di eksport ke EU terdiri dari ikan yang ditangkap secara sah mengikut undang-undang dan mematuhi Langkah-langkah pengurusan dan pemuliharaan sumber antarabangsa.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

Komitmen Kami untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:
i. Menjalankan pemeriksaan verifikasi untuk pengiktirafan pusat pendaratan ikan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua maklumat/dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

ii. Mengiktiraf Pusat Pendaratan Ikan dalam tempoh 14 bekerja dengan syarat pusat pendaratan ikan berkenaan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

 

FUNGSI SEKSYEN

Seksyen Kawalselia

 Mengawal, memantau dan pengawasan amalan kebersihan dan amalan kendalian ikan yang baik di Labuhan, Kompleks dan Jeti Pendaratan LKIM

 Memeriksa dan memberi kebenaran kepada Jeti Pendaratan Ikan Swasta mengendalikan jeti pendaratan ikan

 Memeriksa dan memberi Sijil Pengiktirafan kepada tempat pendaratan yang mematuhi piawaian untuk pengeksportan ikan ke Kesatuan Eropah dan Negara pengimport.

 Menjalankan pemeriksaan berjadual ke atas labuhan, Kompleks, Jeti Pendaratan Ikan dan Tempat Pendaratan Ikan supaya mematuhi syarat-syarat minima kebersihan dan kendalian ikan.

 Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek penyelenggaraan serta sanitasi dan kebersihan.

 Membangunkan dan memastikan amalan kebersihan dan amalan kendalian ikan yan baik di sepanjang rantaian pemasaran negara.

 Mengawal dan memastikan ikan yang ditangkap dan dipasarkan mematuhi peraturan penangkapan ikan secara sah.

 

Seksyen Kualiti

 Menyelia dan menyelaras kawalan kualiti ikan dan tahap kesegaran ikan di Labuhan, Kompleks dan Jeti Pendaratan.

 Menyelia dan menyelaras kawalan kontaminasi ke atas ikan dan pemantauan tahap kebersihan persekitaran di pusat pendaratan ikan.

 Menyelaraskan praturan dan standard kualiti dan keselamatan makanan berasaskan ikan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM bagi mematuhi piawaian kualiti dan kesemalatan makanan di peringkat domestik dan antarabangsa.

 Menjadi pihak berkuasa (Competent Authority) yang bertanggungjawab terhadap pengawalan kebersihan persekitaran dan kualiti ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.

 Menyelaras dan memberi khidmat nasihat serta Latihan kepada pengendali mengenai aspek kualiti, tahap kesegaran ikan dan pemantauan air serta ais.


Seksyen Penguatkuasaan

 Menguatkuasakan Akta LKIM 1971 dan mengawalselia pematuhan syarat-syarat lessen, permit, peraturan-peraturan mengenai lelong, borong, pemproses dan runcit.

 Menguatkuasakan Akta LKIM 1971, kaedah-kaedah dan peraturan mengenai pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk keluar melibatkan import dan eksport ikan dan hasilan ikan melalui Sabah dan Sarawak.

 Mengawalselia dan membenteras penyalahgunaan Minyak Bersubsidi Untuk Nelayan, Insentif hasil Tangkapan Ikan dan Elaun Sara Hidup Nelayan.

 Mewartakan Pintu Masuk Keluar di sabah dan Sarawak bagi import dan eksport ikan dan hasilan ikan.

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 5, Wisma LKIM,
Jalan Desaria, Pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor.

03 – 80649009

03 – 80603709