Last updated : 09/11/2021
|
OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN- Mengawalselia Kompleks/Labuhan perikanan seluruh Negara dan memastikan kepatuhan minimum (minimum compliances) sebagai pengkalan pendaratan ikan.
- Memastikan kendalian ikan yang baik (Good Handling Practice) diamalkan di semua Kompleks/Labuhan pendaratan supaya bekalan ikan segar dan berkualiti inggi dan selamat dimakan.
- Memastikan LKIM sebagai salah satu ‘Competent Authority’ yang diiktiraf dalam menentukan ‘market access’ produk perikanan, dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.
- Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memastikan ‘market access’ eksport produk perikanan Negara tidak terhalang disebabkan isu SPS.
- Menguatkuasakan Undang – Undang Sebagaimana Yang Termaktub Di Dalam Akta LKIM 1971dan Undang- Undang Yang Wujud Di Bawahnya Seperti Kaedah-Kaedah LKIM (Kompleks, Labuhan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 dan Kaedah-Kaedah Pemasaran Ikan 2010 dan Membuat Pemantauan dan Pengawasan Bekalan Minyak Diesel dan Petrol Bersubsidi Untuk Nelayan.
|
FUNGSI BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN- Mengaudit semua Kompleks/Labuhan perikanan serta mengeluarkan Sijil Pematuhan Penuh kepada yang layak
- Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek penyenggaraan serta sanitasi dan hygience.
- Melaksanakan malan pengendalian ikan yang baik di sepanjang rantaian pemasaran produk perikanan di peringkat tempatan dan antarabangsa
- Menyelaraskan peraturan dan piawaian/standard berkaitan kualiti dan keselamatan makanan berasaskan ikan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM bagi memastikan produk perikanan Negara memenuhi tahap keperluan piawaian kualiti serta keselamatan makanan di peringkat domestic dan antarabangsa.
- Menjadi satu Agensi bertauliah (Competent Authority) yang bertanggungjawab terhadap pengawalan kebersihan persekitaran dan kualiti ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
- Membuat Pemeriksaan dan Penguatkuasaan Ke Atas Pengguna-Pengguna Di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM; Di Pasar Borong Yang Diwartakan dan atau Premis Jualan Borong atau Premis Jualan Runcit Yang Mendaftar Dengan LKIM.
- Menjalankan Tindakan Penguatkuasaan Meliputi Tangkapan, Saman, Penyiasatan, Pendakwaan dan Perbicaraan Di Mahkamah Seksyen.
- Membuat Pemantauan dan Pengawasan Pengisytiharan Pendaratan Ikan dan Bekalan Minyak Diesel & Petrol Bersubsidi Untuk Nelayan Bagi Tujuan Menangkap Ikan.
|
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN Komitmen Kami untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut: - Menjalankan pemeriksaan verifikasi untuk pengiktirafan pusat pendaratan ikan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua maklumat/dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Mengiktiraf Pusat Pendaratan Ikan dalam tempoh 14 bekerja dengan syarat pusat pendaratan ikan berkenaan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
|