OBJEKTIF BAHAGIAN
- Mengenalpasti dan mewujudkan saluran pasaran baru bagi hasilan perikanan termasuk komoditi akuakultur di peringkat domestik dan antarabangsa.
- Mewujudkan sistem pengurusan maklumat berkaitan pasaran industri perikanan yang efisien untuk membantu semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).
- Memendekkan rantaian bekalan (supply chain) bagi menjana harga pulangan terbaik kepada nelayan serta harga patut dan setimpal kepada pengguna.
- Menggerakkan Persatuan Nelayan terlibat aktif dalam pemasaran hasilan perikanan supaya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Persatuan Nelayan dan ahli-ahlinya.
- Mewujudkan peraturan yang berpatutan bagi mengawal pengimportan, pengeksportan (Sabah & Sarawak ) dan perniagaan ikan untuk menggalakkan amalan pemasaran ikan yang baik bagi menyokong perkembangan industri perikanan negara.
- Menguatkuasakan Undang – Undang dan Peraturan sebagai mana yang termaktub di dalam Akta LKIM 1971 serta undang–undang yang wujud di bawahnya ( Kaedah Pemasaran Ikan 2013 dan Kaedah–Kaedah LKIM (Kompleks, Labuhan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010
- Menjalankan pemantauan dan penilaian Perundangan berkaitan.
|
A. TUGAS-TUGAS SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN PEMASARAN
Pembangunan Pasar Nelayan
- Mengenal pasti tapak yang sesuai untuk Pasar Nelayan
- Membangunkan Pasar Nelayan (Baru)
- Mengurus, memantau dan menilai perjalanan serta penambahbaikan Pasar Nelayan
- Melaksanakan kerja-kerja peningkatan Pasar Nelayan sediaada (mengikut kesesuaian)
- Mengadakan program-program bagi keusahawanan Pasar Nelayan
|
Q Fish
- Mengenalpasti dan melantik pembekal yang berpotensi
- Mempastikan pembekal yang dilantik menetapkan tanda harga mengikut standard siling yang telah ditetapkan
- Mengenalpasti keperluan Program Ikan Rakyat
- Mengurus, memantau dan menilai status kemajuan Program Ikan Rakyat
- Mengadakan lawatan naziran dari semasa ke semasa untuk mempastikan freezer tidak disalahgunakan dan bekalan stok ikan mencukupi
- Bertanggungjawab memperkenalkan Program Ikan Rakyat melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti promosi
- Membantu menyediakan kemudahan peralatan
|
B. TUGAS-TUGAS SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT PASARAN
Pengurusan Maklumat
- Menjana maklumat komoditi dan pasaran melalui pelbagai sumber (primer dan sekunder).
- Menyediakan maklumat penting seperti pengeluaran, harga dan pemain-pemain yang terlibat.
- Menganalisa data dan menjana laporan untuk kegunaan pengurusan dan stakeholders lain.
- Mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang cekap.
|
Kajian Pasaran
- Kajian Penawaran & Permintaan serta penggunaan (utilisation).
- Menganalisa corak kepenggunaan (Consumption Patterns).
- Kajian pasaran mengikut produk, saluran pasaran serta lokasi.
- Kajian Senario Kenaikan dan Penurunan Harga (Price Fluctuations) dan parameter yang mempengaruhi.
- Menganalisa Pertumbuhan Pelaburan Sektor Industri (Private Investment Growth).
|
Penerbitan Dan Penyebaran Maklumat
- Menguruskan data/ statistik dan membangun sistem penyebaran maklumat.
- Penerbitan statistik ,laporan, buletin, direktori, katalog secara hard copy ,soft copy dan on- line.
|
e-Pengisytiharan Dan Insentif Hasil Tangkapan
- Pengisytiharan pendaratan dan pemantauan melibatkan 240 pusat pengisytiharan dengan 502 kakitangan dan 36,000 vesel. Pengisytiharan dan pemantauan dilaksanakan setiap hari dengan anggaran pengisytiharan sebanyak 8,000 pengisytiharan.
- Pembayaran insentif hasil tangkapan RM0.10 kepada nelayan yang mendaratkan ikan setiap bulan.
|
C. TUGAS-TUGAS SEKSYEN PELESENAN
-
- Memproses pemohonan baru lesen Import, Eksport, Borong dan Runcit.
- Melaksanakan pembaharuan lesen dan mengemaskinikan maklumat pelesen.
- Memproses pindaan sekatan dan had lesen.
- Mengesan keaktifan pengimport, pengeksport dan peniaga ikan.
- Memberi ceramah / penerangan mengenai pelesen LKIM.
- Pemantauan pelesenan dan memberi keterangan di mahkamah.
- Menyediakan direktori pengimport / pengeksport ikan.
- Memproses pemohonan Pendaftar Peniaga Ikan.
|
D. TUGAS-TUGAS SEKSYEN PEMASARAN PN
Pemasaran Ikan Air Tawar
- Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur dan logistik pemasaran.
- Kajian pasaran ikan air tawar.
- Menganjurkan program pendidikan dan kempen.
- Maklumat keluaran akuakultur dan saluran pasaran.
- Melaksana program keusahawan.
|
Pemasaran Ikan PN
- Mengawalselia CC/DC yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan (PN).
- Mengawalselia PNN/PNK yang menyertai pasar tani diseluruh negara.
- Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur & logistik pemasaran PN.
- Kajian pasaran ikan di Pasar Tani.
- Kajian impak PN menyertai Pasar Tani.
- Maklumat pendaratan ikan nelayan Zon A dan saluran pasaran.
|
E. TUGAS-TUGAS SEKSYEN KOMODITI AKUAKULTUR
- Melaksanakan program pembangunan akuakultur mengikut baki peruntukan pembangunan sedia ada terutama kepada Persatuan Nelayan yang berpotensi.
- Menyelaraskan dan menyelia perjalanan Projek-Projek Akuakultur di bawah program penswastaan LKIM.
- Menyelaras dan menyelia perjalanan kerja-kerja pembinaan dan operasi Projek Akuakultur Fish Protech diempat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang dan Johor.
- Menyelaraskan dan menyelia spesifikasi pembinaan Projek-Projek Akuakultur High Impact Project (IHP) yang sedang dan akan dibina.
|
|
|
|
Hubungi kami:
Bahagian Pemasaran Dan Pelesenan,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras G, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80649000
Fax :03-80602282 (Pemasaran)Fax: 0380602560 (Pelesenan) |