Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

BAHAGIAN KEJURUTERAAN

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KEJURUTERAAN

VISI
Peneraju kepada perkhidmatan kejuruteraan bertaraf profesional , cekap, mampan dan berkemahiran tinggi dalam perkhidmatan dan pengurusan projek2 kejuruteraan di LKIM ke arah pembangunan infrastruktur perikanan negara melalui teknologi terkini

 

 MISI

  • Menyediakan kemudahan infrastruktur perikanan moden, efisyen dan mapan
  • Menyediakan perumahan nelayan secara bersepadu dan mampan
  • Menerapkan penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan pengeluaran dan kualiti industri perikanan
  • Memberi khidmat nasihat bagi fasiliti dan infrastruktur kejuruteraan secara kompeten kepada masyarakat nelayan, pengguna dan pengusaha
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam perolehan dan pengurusan projek kepada unit, bahagian dan LKIM Negeri

 

OBJEKTIF BAHAGIAN KEJURUTERAAN

  • Memastikan projek-projek Kejuruteraan siap mengikut jangkamasa yang ditetapkan seperti yang dirancang.
  • Memastikan infrastruktur LKIM yang baru dan lama sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Melengkapkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai Bahagian Kejuruteraan dengan mengikuti kursus, bengkel, seminar, lawatan sambil belajar dan sebagainya.

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
  • Perlaksanaan projek-projek dan dibuat mengikut standard kejuruteraan yang ditetapkan dan kehendak pelanggan
  • Mempastikan keadaan infrastruktur sediada berada dalam keadaan penyelenggaraan yang baik dan selamat.
  • Laporan penilaian tender untuk kelulusan Jemaah Tender akan disiapkan seminggu sebelum Jawatankuasa bersidang.
  • Perakuan Pembayaran kerja-kerja pembangunan / perkhidmatan melalui sebutharga / tender disiapkan dalam tempoh 2 hari selepas penerimaan bil / tuntutan sekiranya syarat-syarat dipenuhi.
  • Bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang baik melalui perkhidmatan bengkel yang di pilih dan teruji prestasi yang dikaji dari masa semasa.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Bahagian Perancang Korporat sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
  • Mengemukakan Laporan Verifikasi Aset Tetap Bahagian kepada Pentadbiran setiap tahun sebelum 31 Januari tahun berikutnya.

 

SEKSYEN KEJURUTERAAN CIVIL

  • Menjalankan kajian ukur tanah dan kajian hidrografi bagi setiap projek-projek baru LKIM.
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM seperti mini kompleks LKIM, Pusat Memproses Hasil Perikanan, Jeti, Dewan Lelong, Pejabat, Kuarters dan lain-lain projek kejuruteraan awam LKIM
  • Membuat anggaran kos bagi projek-projek kejuruteraan awam LKIM
  • Membuat laporan sebutharga /tender bagi projek kejuruteraan awam LKIM.
  • Membuat lawatan ke tapak kerja dan memeriksa kemajuan kerja-kerja kejuruteraan awam yang sedang berjalan

 

SEKSYEN KEJURUTERAAN STRUKTUR

  • Menjalankan kajian ukur tanah dan kajian hidrografi bagi setiap projek-projek baru LKIM.Merekabentuk projek-projek baru LKIM seperti mini kompleks LKIM, Pusat Memproses Hasil Perikanan, Jeti, Dewan Lelong, Pejabat, Kuarters dan lain-lain projek kejuruteraan awam LKIM
  • Membuat anggaran kos bagi projek-projek kejuruteraan awam LKIM
  • Membuat laporan sebutharga /tender bag iprojek kejuruteraan awam LKIM.
  • Membuat lawatan ke tapak kerja dan memeriksa kemajuan kerja-kerjake juruteraan awam yang sedang berjalan

 

SEKSYEN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

 

A. KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  • Menjalankan kajian bersesuaian bagi setiap projek baru kejuruteraan mekanikal dan penyejukan
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM seperti kilang air batu, blast freezer, kerja elektrik dan lain-lain kejuruteraan mekanikal dan penyejukan
  • Menyediakan dokumen sebutharga /tender dan pelan-pelan bagi tujuan panggilan sebutharga /tender untuk setiap projek.Membuat anggaran kos bagi setiap projek-projek mekanikal LKIM.Membuat laporan sebutharga /tender bagi projek-projek mekanikal LKIM

 

B. KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  • Menjalankan kajian bersesuaian bagi setiap projek baru kejuruteraan elektrik
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM bagi kerja-kerja elektrik.
  • Menyediakan dokumen sebutharga /tender dan pelan-pelan bagi tujuan panggilan sebutharg a/tender untuk setiap projek.
  • Membuat anggaran kos bagi setiap projek-projek mekanikal LKIM.
  • Membuat laporan sebutharga /tender bagi projek-projek mekanikal LKIM

 

SEKSYEN UKUR BAHAN 

  • Mengurus proses perlantikan perunding-perunding sepert iarkitek, ukurbahan dan juruteraan awam, mekanikal dan elektrik.
  • Penyediaan anggaran awal pembinaan
  • Menyediakan senarai kuantiti (bq) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh penolong pegawai senibina dan jurutera (untukprojek in house).
  • Menyediakan naskah dokumen tender (projek in house) atau menyemak naskah dokumen tender yang telah disediakan oleh perunding.
  • Menguruskan proses panggilan tender termasuk taklimat lawatan tapak
  • Menyediakan laporan penyediaan penilaian tender (untukprojek in house) atau menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding.
  • Menyediakan Sijil Perakuan Bayaran Interim( untuk projek in house) atau menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
  • Menyediakan sijil perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
  • Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding.
  • Menguruskan pengeluaran Sijil perakuan-perakuanseperti EOT, CPC, APP dan PJHK.

 

PENTADBIRAN AM

  • Menguruskan sistem fail keseluruhannya
  • Menguruskan dan merekodkan surat-surat atau memo-memo masuk di Bahagian Kejuruteraan.
  • Menguruskan dan merekodkan surat-surat atau memo keluar di Bahagian Kejuruteraan termasuk penghantaran dengan menggunakan fax, poslaju, A.R berdaftar dan sebagainya.
  • Mengendalikan semua edaran surat/memo/pekeliling dalaman.
  • Mengendalikan seperti berikut:
    – Rekod panggilan sebutharga
    – Rekod maklumat projek LKIM
    – Rekod pemborong/kontraktor
    – Mengurus dan merekodkan bayaran-bayaran bagi projek-projek LKIM
  • Menguruskan penyediaan dokumen-dokumen tender/ sebutharga dan pelan.
  • Mengendalikan laporan-laporan sebutharga /tender kepada jawatankuasa yang berkaitan.
  • Mengurus, menjana cuti, dan menghantar borang-borang cuti/ keluar stesen kepada Seksyen Sumber Manusia bagi semua pegawai dan kakitangan Bahagian Kejuruteraan.

Bahagian Kejuruteraan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 4, Wisma LKIM,
Jalan Desaria, Pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor.

 

No. Telefon: 03-80649010
No. Faks: 03-80603733