Pejabat Pendaftar Persatuan Nelayan 2024
LATAR BELAKANG
Pejabat Pendaftar Persatuan Nelayan ditubuhkan
selaras dengan Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44). Ketua Pengarah LKIM
berperanan sebagai Pendaftar Persatuan Nelayan yang mempunyai kuasa di
bawah Seksyen 6(3) Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
MISI
Melahirkan Persatuan
Nelayan yang berdaya saing diperingkat global dan mematuhi
Peruntukan-Peruntukan Perundangan Persatuan Nelayan.
OBJEKTIF
1. Memastikan Perjalanan Persatuan Nelayan Mematuhi Kehendak Perundangan Persatuan Nelayan.
2. Memastikan Kepentingan Dan Hak Ahli Persatuan Nelayan Terjamin
A. Tugas-tugas Unit Latihan dan Pengurusan Persatuan Nelayan
1. Urusetia latihan / Perundangan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Wakil-Wakil Ahli Persatuan Nelayan.
2. Sebagai penceramah kursus serta memberi khidmat nasihat kepada Persatuan Nelayan.
3. Menyediakan nota-nota kursus Perundangan, panduan / prosedur Perundangan Persatuan Nelayan.
4. Menguruskan surat panggilan kursus, latihan dan peralatan kursus.
5. Urusetia JawatanKuasa kelulusan projek serta aktiviti Persatuan Nelayan.
6. Urusetia kelulusan Pendaftar keatas kelulusan lawatan serta penubuhan tabung-tabung oleh Persatuan Nelayan.
7. Menguruskan surat-surat atau notis kelulusan Mesyuarat Agong Tahunan PNK, PNN dan NEKMAT.
8. Menguruskan urusan semakan kategori ahli-ahli serta Ahlli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan.
9. Menguruskan urusan semakan dan teguran minit-minit mesyuarat Persatuan nelayan.
B. Tugas-tugas Unit Naziran dan Perundangan
1. Urusetia naziran dan penguatkuasaan Persatuan Nelayan.
2. Menguruskan urusan cadangan pindaan perlembagaan serta menggunapakai perlembagaan Persatuan Nelayan Kawasan yang baru.
3. Menguruskan urusan penggantungan serta pembubaran Persatuan Nelayan.
4. Menguruskan urusan penubuhan,pendaftaran serta pemecahan Persatuan Nelayan.
5. Mengemaskini Pekeliling dan Arahan Pendaftar.
6. Menguruskan urusan Perlantikan / Pewartaan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pegawai Penyelia Negeri.
7. Menguruskan urusan perlantikan Wakil-Wakil Pendaftar.
C. Tugas-tugas Unit Pentadbiran
1. Menguruskan fail-fail Pejabat Pendaftar Pertubuhan Nelayan.
2. Menerima serta merekod terimaan surat dan surat keluar.
3. Menguruskan peralatan dan alatulis Pejabat Pendaftar.
4. Menguruskan urusan fax serta pos surat-surat keluar.
D. Tugas-tugas Unit Akaun / Audit
1. Pengurusan Akaun
2. Menyedia dan mengemaskini Akaun Penutupan Pendaftar.
3. Membantu mempraktikkan penyediaan akaun PN dalam sistem UBS.
4. Mengawasi pelaksanaan sistem UBS.
5. Berurusan dengan UBS Corporation bagi peningkatan sistem.
6. Menyediakan Manual UBS.
7. Mengawalselia penyediaan akaun penamat PN.
8. Memberi latihan/kursus dan tunjuk ajar dalam menyediakan Akaun Penamat.
9. Menyedia dan mengemaskini Manual Perakaunan Persatuan Nelayan.
10. Pengurusan Kewangan Persatuan Nelayan
11. Memproses dan meluluskan permohonan pembahagian keuntungan.
12. Mengenalpasti dan membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan PN yang berada ditahap sederhana dan lemah.
13. Mengkaji dan memberikan pandangan kewangan keatas permohonan Pelaburan PN sebelum dikeluarkan keputusan Pendaftar.
14. Mengawasi penyediaan bajet dan perbelanjaan berdasarkan bajet.
15. Menyedia dan mengawasi kaedah perolehan PN.
16. Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan.
17. Menyediakan permohonan baget Pendaftar.
18. Mengawal Vot peruntukan Pejabat Pendaftar.
19. Pengurusan Audit Persatuan Nelayan
20. Menyemak dan meneliti laporan Audit.
21. Mengeluarkan surat teguran Pendaftar.
22. Menyediakan daftar Juruaudit.
23. Memberi kelulusan kepada individu-individu berkelayakan untuk mengaudit akaun PN.
24. Mengurus dan memantau kutipan hasil Fee Audit Pendaftar.
25. Memproses permohonan tabung audit PN.
Senarai-Juruaudit-Yang-Berdaftar-Dengan-Pejabat-Pendaftar-Bagi-Tahun-2020
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
Komitmen kami ingin memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berusaha untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:
Pejabat Pendaftar Persatuan Nelayan Aras 4, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. No. Telefon: 03-80649038 No. Faks: 03-80602357 Email : pejabatpendaftar@lkim.gov.my