Bahagian Kejuruteraan

FUNGSI BAHAGIAN
  • Merekabentuk dan mengurus pembinaan infrastruktrur dan kemudahan am industri perikanan yang dibiayai oleh LKIM.
  • Menyelaras dan menyelia projek-projek yang direkabentuk dan di urus oleh JKR, JPS atau Perunding Swasta.
  • Merekebentuk dan mengurus kerja-kerja ubahsuai dan tambahan ke atas infrastruktur dan kemudahan am sedia ada.
  • Menyelia dan melaksanakan program penyelenggaraan ke atas infrastruktur dan kemudahan am perikanan dan juga peralatan LKIM.
  • Memberi khidmat sokongan dalam bidang kejuruteraan kepada Bahagian-bahagian lain di bawah LKIM.
A. Tugas – Tugas Seksyen Kejuruteraan Sivil & Struktur
  • Menjalankan kajian ukur tanah dan kajian haiderografi bagi setiap projek-projek baru LKIM.
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM seperti mini kompleks LKIM, pusat pemerosesan hasil perikanan, jeti, dewan lelong, pejabat, kuarters dan lain-lain projek Kejuruteraan Awam LKIM.
  • Membuat anggaran kos bagi setiap projek Kejuruteraan Awam LKIM.
  • Membuat laporan tender/sebutharga bagi projek Kejuruteraan Awam LKIM.
  • Membuat lawatan ke tapak kerja dan memeriksa kemajuan kerja Kejuruteraan Awam LKIM yang sedang berjalan.
  • Menyediakan laporan kemajuan fizikal setiap projek Kejuruteraan Awam LKIM dan melaporkan kepada pihak atasan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada lain-lain Bahagian LKIM mengenai perkara-perkara bersangkutan dengan Kejuruteraan Awam.
  • Membuat pemeriksaan/penyelenggaraan ke atas kompleks LKIM, jeti, dewan lelong, pejabat, kuarters dan lain-lain infrastruktur Kejuruteraan Awam milik LKIM.
  • Bekerjasama dengan pihak JKR/JPS/Perunding Swasta dalam merancang/menyelaraskan pembinaan kompleks LKIM, jeti dan lain-lain projek Kejuruteraan Awam LKIM.
  • Menghadiri mesyuarat tapak setiap projek LKIM yang dilaksanakan oleh pihak JKR/JPS/Perunding Swasta untuk menyelesaikan sebarang masalah pembinaan dan melaporkan kemajuan kerja kepada LKIM.
  • Mewakili Pengarah Kejuruteraan ke mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh beliau. B. Tugas – Tugas Seksyen Kejuruteraan Struktur
  • Menghadiri mesyuarat tapak setiap projek LKIM yang dilaksanakan oleh pihak JKR/JPS/Perunding Swasta untuk menyelesaikan sebarang masalah pembinaan dan melaporkan kemajuan kerja kepada LKIM.
  • Mewakili Pengarah Kejuruteraan ke mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh beliau.
B. Tugas – Tugas Seksyen Kejuruteraan Mekanikal
  • Menjalankan kajian kesesuaian bagi setiap projek baru Kejuruteraan Mekanikal dan Penyejukan.
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM seperti Kilang Air Batu, Blast Freezer, Kerja Elektrik berkaitan dan lain-lain Kejuruteraan Mekanikal dan Penyejukan LKIM.
  • Menyediakan dokumen sebutharga/tender dan pelan-pelan bagi tujuan panggilan sebutharga/tender untuk setiap projek.
  • Membuat anggaran kos bagi setiap projek Mekanikal LKIM.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Bahagian-Bahagian lain mengenai perkara-perkara bersangkutan dengan Kejuruteraan Mekanikal dan Penyejukan.
  • Bekerjasama dengan pihak Perunding Swasta dalam merancang dan menyelaras perlaksanaan projek-projek Kejuruteraan Mekanikal dan Penyejukan yang dilaksanakan oleh pihak berkenaan.
  • Menghadiri mesyuarat tapak setiap projek LKIM yang dilaksanakan untuk menyelesaikan sebarang masalah dan melaporkan kemajuan kerja kepada LKIM.
  • Membuat pemeriksaan, mengatur dan mengurus kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan pejabat, bilik sejuk, blast freezer, kilang air batu, penyaman udara dan lain-lain alatan mekanikal milik LKIM.
 
C. Tugas – Tugas Seksyen Kejuruteraan Elektrikal
  • Menjalankan kajian kesesuaian bagi setiap projek baru Bahagian Elektrik.
  • Merekabentuk projek-projek baru LKIM bagi kerja-kerja Elektrik.
  • Menyediakan dokumen sebutharga/tender dan pelan-pelan bagi tujuan panggilan tender/sebutharga.
  • Membuat anggaran kos bagi setiap projek elektrik.
  • Membuat laporan sebutharga/tender bagi projek-projek elektrik.
  • Membuat laporan kemajuan fizikal setiap projek elektrik.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Bahagian-Bahagian lain dalam kerja-kerja yang berkait dengan elektrik.
  • Berkerjasama dengan perunding swasta dalam kerja-kerja penyelarasan projek elektrik Jabatan.
  • Menghadiri mesyuarat tapak yang ada kaitan dengan kerja-kerja elektrik.
  • Mengkaji sistem elektrik di kompleks dan membuat penyelenggaraan dari masa ke masa agar keadaan bekalan elektrik sentiasa dalam keadaan selamat.
 
D. Tugas – Tugas Seksyen Juruukur Bahan
  • Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal.
  • Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera (untuk projek in-house)
  • Menyediakan naskah dokumen tender (untuk projek in-house) atau menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding.
  • Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak.
  • Menyediakan laporan penilaian tender (untuk projek in-house)atau menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
  • Menyediakan sijil perakuan bayaran interim (untuk projek in-house)atau menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding.
  • Menyediakan sijil perakuan bayaran muktamad (untuk projek in-house)ataumenyemak perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
  • Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
  • Menguruskan pengeluaran sijil perakuan-perakuan seperti EOT, CPC, APP, PJHK.
Hubungi kami: Bahagian Kejuruteraan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Aras 4, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. Tel : 03-80649000 Fax : 03-80603733