Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN PERTUBUHAN NELAYAN

Carta Organisasi

  1. MISI BAHAGIAN
  • Mewujudkan masyarakat nelayan yang maju dan produktif bagi mempertingkatkan industri perikanan negara.

  • VISI BAHAGIAN
  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan dan memperkasakan institusi nelayan.
  •  
  •  

    OBJEKTIF BAHAGIAN

    1.      Mewujudkan institusi-institusi nelayan yang kukuh, berdaya maju dan mapan.

    2. Menggembeleng nelayan melalui Persatuan Nelayan untuk menggalakkan penyertaan bagi menggiatkan sektor perikanan.

    3.   Meningkatkan Persatuan Nelayan sebagai entiti perniagaan dan memainkan peranan penting di dalam industri perikanan di samping aspek-aspek kebajikan.

    4.   Mengukuhkan lagi program pengkomersilan dan informasi institusi nelayan sebagai penggerak utama dalam sektor perikanan.

    5.  Mewujudkan masyarakat nelayan yang mempunyai sikap positif, prograsif, bekerjasama, bersatupadu dan berdikari.

    6.      Mewujudkan perkampungan nelayan dan persekitaran yang bersih dan selesa.

    7.    Meningkatkan taraf serta kualiti kehidupan masyarakat nelayan dengan penglibatan aktif ahli-ahli keluarga nelayan di semua peringkat.

     

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

 1.       Memberi kelulusan Permohonan Peruntukan Pembangunan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja.

2.    Menyelesaikan semua aduan dan masalah daripada nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 3 hari bekerja.

3.        Memberi kelulusan Permohonan Kad Pintar e-Diesel / e-Petrol dalam tempoh 3 hari bekerja.

4.      Memberi kelulusan Permohonan Pinjaman Dana Nelayan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja.

5.       Mempastikan semua peruntukan pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan.

FUNGSI SEKSYEN

Seksyen Pembangunan Institusi Nelayan

§        Menetapkan dasar dan merancang program-program pembangunan sosial dan ekonomi nelayan dan keluarga nelayan meliputi isteri dan anak bagi merangsang pembentukan masyarakat nelayan yang mapan.

 

§        Mengenalpasti sumber kewangan bagi melaksanakan program-program pembangunan sosial dan
ekonomi nelayan dan keluarga nelayan

 

§      Memantau pelaksanaan aktiviti serta projek-projek ekonomi Kumpulan Nelayan iaitu Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA).

 

§   Merancang program modal insan masyarakat nelayan seperti latihan/kursus/seminar/bengkelpengukuhan, keusahawanan dan peningkatan kemahiran komuniti nelayan.

 

§        Menyelaras pelaksanaan kursus/latihan/seminar/bengkel yang melibatkan golongan sasar di
peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi.

 

§       Menyelaras Program Kerjasama Strategik (NBOS) dengan mana-mana kementerian/jabatan/agensi/NGO yang melibatkan masyarakat nelayan.

 

§        Merancang, memantau dan mengawalselia kemudahan / fasiliti komuniti nelayan di perkampungan nelayan

 

§       Memantau dan menyelaras/ menyediakan laporan berkaitan program-program yang dilaksanakan.

 

§      Membantu Persatuan Nelayan (PN) dalam merancang aktiviti ekonomi bagi tujuan memperkasakan PN.

 

§       Membantu PN dalam menentukan viability projek yang akan dilaksanakan

 

§   Mengawalselia, memantau dan mengesan pelaksanaan projek ekonomi yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan (PN) seperti projek akuakultur, agrotourism dan sebagainya.

 

§        Memantau laporan kemajuan bulanan dan menyediakan laporan prestasi tahunan Persatuan Nelayan (PN)

 

§         Membantu meningkatkan pengurusan Persatuan Nelayan (PN)  ke arah pentadbiran yang cekap.

 

§        Merancang dan melaksanakan kursus/latihan untuk kakitangan Persatuan Nelayan (PN)

 

§   Melancarkan urustadbir dan penyampaian perkhidmatan Persatuan Nelayan (PN) kepada kumpulan sasar  melalui pembinaan / pembelian bangunan pejabat kepada PN yang daif dan menaiktaraf pejabat
dan  peralatan/ kemudahan pejabat PN

 

§        Mengenalpasti sumber kewangan bagi pelaksanaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat
Negeri (HPPNN) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK).

 

§       Menyelaras pelaksananaan Konvensyen Peringkat Kebangsaan sempena HPPNK

 

§       Bertindak  sebagai sekteriat Pertandingan PN Jaya dan Nelayan Jaya sempena HPPNK

GARIS PANDUAN/ STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP)

 

                  i.            Program Elaun Sara Hidup Nelayan

                ii.            Dana Nelayan

               iii.            Skim Bantuan Bencana Alam Dan Kebajikan Nelayan

               iv.            Program Rezeki Tani

                v.            Pelaksanaan PKPN Bil. 1 Tahun 2019 Dgn Pindaan 2021

               vi.            Baikpulih Dan Bina Baharu Rumah Nelayan Pantai Secara Gotong Royong