Integrity Unit

Organisational Chart – Integrity Unit

VISI

Mewujudkan Warga Kerja LKIM yang menjunjung dan menegakkan prisip integriti dan akautabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang cemerlang.

 

MISI

Memastikan Warga Kerja LKIM mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT INTEGRITI

Kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang beretika dan berintegriti bagi mencapai kehendak dan keperluan pelanggan seperti Piagam Pelanggan berikut :-

1. Menerima & mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salahlaku dan pelanggaran integriti pegawai dan kakitangan LKIM dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran :-

a) Aduan lisan – 3 hari bekerja

b) Emel – 14 hari bekerja

c) Telefon/Surat – 14 hari bekerja

d) Siasatan lanjut – Tidak melebihi 60 hari

2. Menguruskan kes-kes tatatertib sehingga selesai dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh enam belas (16) minggu dari tarikh kes telah lengkap maklumat dan dokumentasi.

3. Memaklumkan keputusan tindakan tatatertib kepada pegawai atau kakitangan LKIM berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.

4. Memaklumkan keputusan rayuan tatatertib kepada pegawai atau kakitangan LKIM berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.

5. Memaklumkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib LKIM (perisytiharan harta atau pemilikan syarikat/perniagaan) kepada pegawai atau kakitangan LKIM berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh mesyuarat.

6. Mengambil tindakan dan arahan susulan terhadap laporan ketidakhadiran bertugas tanpa cuti/tanpa mendapat kebenaran/tanpa sebab yang munasabah atau sebarang pelanggaran tatakelakuan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh laporan yang diterima.

7. Mendidik dan membudayakan pelaksanaan integriti di kalangan Pegawai dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

8. Maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

 

FUNGSI & OBJEKTIF UNIT INTEGRITI

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :-

1. Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

2. Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

3. Pengurusan Aduan

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

4. Pematuhan

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

5. Pengesanan & Pengesahan

  • Mengesan & mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya di ambil; dan
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

6. Tatatertib

  • Melaksanakan fungsi Urusetia Jawatankuasa Tindakan Tatatertib & Jawatankuasa Rayuan Tatatertib.

 

 

SUBUNIT PENGESANAN, PENGESAHAN DAN TATATERTIB

  • Menjalankan siasatan terhadap aduan melibatkan salahlaku kakitangan LKIM.
  • Menguruskan tindakan tatatertib.
  • Menyediakan laporan tatatertib kepada MOA.
  • Urusetia Tatatertib LKIM.
  • Menguruskan isytihar harta, keberhutangan yang serius, penglibatan dalam politik, pekerjaan luar dan urusan permohonan tanah kerajaan
  • Urusetia AKRAB

 

SUBUNIT PENGUKUHAN INTEGRITI DAN PENGURUSAN ADUAN

  • Melaksanakan program Pengukuhan integriti di LKIM.
  • Merancang dan menyediakan Modul kursus integriti kepada Kakitangan LKIM.
  • Melaksanakan pengurusan Aduan awam.
  • Urusetia Mesyuarat Pengurusan Aduan(JKTPA)
  • Menyediakan laporan aduan.

 

SUBUNIT PEMATUHAN DAN TADBIR URUS

  • Memantau pematuhan peraturan yang digunapakai di LKIM.
  • Mengadakan naziran Pematuhan peraturan di Bahagian dan Negeri.
  • Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus LKIM.
  • Menyediakan laporan pelaksanaan pengurusan Integriti kepada MOA dan SPRM.
  • Mengurus pentadbiran dan Kewangan Unit Integriti.

 

(Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut) :

** Saluran Aduan Rasuah & Tatakelakuan

** Borang Aduan Rasuah & Tatakelakuan

** Pamphlet Aduan Rasuah & Tatakelakuan (Depan)

** Pamphlet Aduan Rasuah & Tatakelakuan (Belakang)

** Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [AKTA 605]

 

Hubungi kami:
Unit Integriti,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 2, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.

Telefon : 03-8064 9000 (ext. 9080 / 9081 / 9088 / 9166 / 7500 / 7441)
Faks : 03-8060 1104

Emel : unitintegriti@lkim.gov.my