LKIM telah mewujudkan CCDC di seluruh Malaysia bermula tahun 2011. CCDC ini dioperasikan oleh Persatuan Nelayan dan Usahawan Pemasar terpilih. CCDC ini bertujuan:
a. Memberi sokongan dan galakan kepada perniagaan pemasaran Persatuan Nelayan dan Usahawan pemasar;
b. Membantu penternak kecil mendapat pasaran bagi hasil keluaran mereka;
c. Menjalin pasaran antara penternak dan usahawan pemasar; dan
d. Meningkatkan penerimaan pengguna terhadap ikan air tawar yang mana bekalannya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.
Sehingga kini, terdapat 44 buah CCDC yang beroperasi di seluruh Malaysia dengan kuantiti urus niaga sebanyak 1,176 tan metrik bernilai RM 14,199.567.89 pada tahun 2021.
CCDC Felda Sungai Nerek, Temerloh, Pahang
CCDC Kg. Tok Kuning, Mukim Kayang, Kuala Perlis, Perlis
CCDC PNK Batu Pahat
CCDC Kg. Mengabal Kapal, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu