– Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.
Misi
– Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
– Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
– Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
– Melahirkan modal insan yang kompeten
Objektif
– Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
– Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
Fungsi-Fungsi LKIM
– Menggalak & memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan.
– Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan sepenuhnya.
– Mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan ikan.
– Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan.
– Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.