PIAGAM PELANGGAN LKIM
Komitmen LKIM untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan LKIM seperti berikut :
- Memberikan keputusan pendaftar ke atas permohonan projek ekonomi, kategori keahlian dan cadangan pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap.
- Memastikan semua tuntutan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap.
- Memberikan keputusan permohonan lessen berniaga ikan LKIM dalam tempoh :
- Kurang dari 14 hari bekerja bagi permohonan baru
- Satu (1) jam untuk permohonan pembaharuan dengan syarat semua maklumat atau dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Memberi maklum balas dalam masa :
- Satu (1) hari bekerja untuk aduan media
- Tujuh (7) hari bekerja untuk aduan awam
- 14 hari bekerja untuk surat rasmi
- Mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah di audit ke Kementerian Pertanian Dan Industri AsasTani sebelum 30 September.
- Membuat bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan melalui akaun bank nelayan pada 15 haribulan setiap bulan atau pada hari bekerja yang berikutnya sekiranya 15 hari bulan jatuh pada hari tidak bekerja.
- Memberikan keputusan ke atas permohonan e-petrol dan e-diesel yang diterima daripada PNK kepada LKIM Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari.
- Mengeluarkan ulasan Pendaftar ke atas Penyata Kewangan Teraudit Persatuan Nelayan(PN) dalam masa 20 hari bekerja.
Pencapaian Piagam Pelanggan bagi tahun 2020
* Pencapaian Piagam Pelanggan LKIM dikemaskini 3 bulan sekali (Quarterly)