Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Projek Khas Perumahan Nelayan

Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) merupakan bantuan yang diberikan kepada nelayan yang berpendapatan rendah untuk membaikpulih rumah dan membina rumah baharu. Projek ini juga akan membangunkan penempatan semula nelayan untuk memberi kesejahteraan kepada keluarga nelayan agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.

 

Tiga (3) komponen utama Projek Khas Perumahan Nelayan adalah seperti berikut:

  • Baik Pulih Rumah Nelayan
  • Bina Bharu Rumah Nelayan
  • Penempatan Semula Rumah Nelayan

Baik Pulih Rumah Nelayan

Bermula tahun 2020, pelaksanaan baikpulih kepada golongan nelayan adalah secara gotong-royong melibatkan golongan sasar dan secara lantikan kontraktor. LKIM lebih menggalakkan pelaksanaan secara gotong-royong agar dapat memupuk nilai kesepakatan dan semangat kerjasama dalam melaksanakan baikpulih dan bina baharu rumah nelayan. Dalam usaha memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang berkaitan telah dilantik sebagai Peneraju Projek berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.  Kos maksimum untuk program ini adalah seperti  berikut:

 

Kos Maksimum Untuk Program Baik Pulih Rumah Nelayan

Lokasi

Kadar Maksimum

(RM/Sebuah)

Semenanjung Malaysia13,000
Sabah/Sarawak/Labuan15,000

Bina Baharu Rumah Nelayan

Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan dengan kos maksimum seperti berikut:

Lokasi

Kadar Maksimum

(RM/sebuah)

Semenanjung Malaysia56,000
Sabah/Sarawak/Labuan68,000

Tambahan maksimum 10 peratus daripada kos sebenar boleh dipertimbangkan bagi kawasan pulau dan pedalaman yang tiada kemudahan pengangkutan sempurna.

Penempatan Semula Nelayan (PSN)

Pelaksanaan Penempatan Semula Nelayan (PSN) merupakan usaha di antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Kerajaan Negeri bertujuan membangunkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas yang selesa.

 

Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk membina rumah di setiap lokasi dengan kos maksimum RM70,000 sebuah bagi Semenanjung dan RM90,000 sebuah bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Peruntukan RM1 juta juga disalurkan bagi membangunkan prasarana asas seperti dewan serbaguna, surau, gelanggang futsal, taman permainan, tadika, kedai dan lain-lain yang bersesuaian di setiap lokasi PSN.

Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN), Benting Lintang, Besut

Program Baik Pulih Rumah Nelayan oleh Pengarah PMN di Sik Kedah

Penyerahan Rumah Bina Baru kepada nelayan di Kampung Kelulut