Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Perkhidmatan

Last updated : 25/07/2023

e-Dana

Sistem e-Dana merupakan sistem permohonan pinjaman Dana Nelayan LKIM secara online. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan permohonan pinjaman, pemantauan pinjaman serta laporan prestasi pinjaman setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

» http://dananelayan.lkim.gov.my [Manual]

e-Pelesenan

Sistem e-Pelesenan memberi kemudahan kepada pengguna awam khususnya pengimport / pengeksport / pemborong / peniaga ikan untuk memohon lesen berniaga ikan secara atas talian (online). Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh LKIM ialah Lesen Import , Eksport, Runcit, Borong dan Borong (Premis Persendirian). Sistem ini juga memudahkan para pegawai LKIM untuk memproses, mengurus, melulus dan mencetak lesen yang dipohon sekaligus memendekkan proses permohonan dan kelulusan kepada 10 hari bekerja.

» https://elesen.lkim.gov.my/ [Manual]

W-ICCS

Sistem Pengawalan dan Penguatkuasaan Bersepadu Berkomputer (W-ICCS) dibangunkan untuk memudahkan pengisytiharan dan pemeriksaan ikan dan hasil perikanan yang diimport dan dieksport mengikut Peraturan-peraturan Pemasaran Ikan. Di samping itu ia mempercepatkan urusan import dan eksport ikan serta mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan seluruh pengimport dan pengeksport yang berdaftar dengan LKIM.

» w-iccs.lkim.gov.my [Manual]

e-Pengambilan

Sistem ePengambilan memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian di LKIM. Pihak PSM pula boleh mendapatkan calon yang berpotensi dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di LKIM. Menerusi sistem ini juga pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan pihak PSM boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima dengan lebih efisien dan cepat.

» http://epengambilan.lkim.gov.my [Manual]

e-Pengisytiharan

Sistem e-Pengisytiharan merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu LKIM untuk merekod semua maklumat pendaratan ikan bagi pemilik-pemilik bot yang menikmati skim minyak yang hanya digunakan untuk aktiviti menangkap ikan.

» http://epengisytiharan.lkim.com.my [Manual]

Ikan Online

Portal yang memaparkan harga borong/runcit serta harga pendaratan ikan.

» http://ikanonline.lkim.com.my/index.php [Manual]

GOE-EGDMS

GOE-EGDMS merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi-agensi kerajaan menguruskan dokumen dengan lebih efektif dan efisien.

» http://egdms.lkim.gov.my/login.jsp

e-Nelayan

Sistem e-nelayan adalah merupakan satu mekanisma kawalan terhadap jualan minyak yang telah memberi banyak faedah dan input yang besar kepada kerajaan. Ia adalah sistem yang memantau pelaksanaan skim bahan bakar iaitu diesel dan petrol kepada golongan nelayan di Malaysia. Semua rekod transaksi serta kawalan dapat dikesan secara ‘realtime’ melalui sistem yang telah dibangunkan.

» http://ediesel.lkim.com.my/Login.aspx?ReturnUrl=/Default.aspx

e-Claims

Sistem e-Klaim adalah sistem yang membenarkan pengguna membuat tuntutan samada untuk kerja lebih masa, perjalanan dalam negeri dan luar negara, elaun-elaun perjalanan dan juga pendahuluan diri untuk tujuan perjalanan keluar kawasan. Sistem ini berkuatkuasa untuk digunapakai mulai Januari 2014 bagi menggantikan kaedah manual sediada untuk semua urusan tuntutan.

» http://eklaim.lkim.gov.my/eklaim

Helpdesk BPM

HRMIS

Portal Gaji

Sistem Penentuan Lokasi Ikan

Sistem Pangkalan Data Bersepadu (IDS)

Sistem Pengurusan Aset (SPA)

Webmail

e-Kawalselia

» http://eu.lkim.gov.my/ (Pautan dalaman)
» http://eu.lkim.gov.my/loginowner.aspx (Pautan Luaran)

eKedatangan