Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pasar Nelayan

Pengenalan

Program Pasar Nelayan diwujudkan sebagai saluran pasaran alternatif bagi memberi peluang kepada nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai peringkat pengguna. Selain itu, bertujuan mengurangkan tahap penglibatan orang tengah supaya nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan serta pengguna mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan.

 

Penglibatan nelayan sebagai peserta telah membantu dalam peningkatan pendapatan nelayan daripada bawah RM1,000.00 sebulan kepada melebihi RM2,000.00 sebulan. Susun atur Pasar Nelayan juga lebih teratur dan berpusat di bawah satu bumbung dengan kemudahan infrastruktur dan peralatan yang lebih baik dan selesa.

 

Sehingga kini, sebanyak 135 Pasar Nelayan telah dibina dengan penglibatan seramai 640 orang peserta.

 

Lokasi Pasar Nelayan Diseluruh Negara

Objektif

Objektif utama penubuhan Pasar Nelayan seperti berikut:

 
  • Menggalakkan penyertaan nelayan/keluarga nelayan/PNN/PNKatau NEKMAT dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.
  • Memperluaskan ruang pasaran hasil-hasil perikanan secara bersepadu dan setempat.
  • Membolehkan nelayan mendapat pulangan harga yang lebih tinggi bagi peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
  • Membolehkan pengguna mendapatkan bekalan ikan yang segar dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • Menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat dan kawasan setempat.

Kategori Produk

Penjualan ikan dan produk perikanan diberikan keutamaan di Pasar Nelayan namun bagi memudahkan pengunjung mendapat keperluan mereka di one-stop centre, maka jualan produk daripada hasil pertanian, ternakan dan sebagainya daripada beberapa kategori lain juga diadakan seperti berikut:

 

  • Jualan ikan basah, kerang-kerangan dan produk proses;
  • Jualan ikan hidup dan hasilan laut lain (udang, ketam, sotong);
  • Jualan ikan air tawar;
  • Produk pertanian dan daging; dan
  • Produk Perkhidmatan Penyediaan Makanan/Kraftangan hasilan nelayan/keluarga nelayan.

Pasar Nelayan

Aktiviti Jualan Di Pasar Nelayan