Medan Ikan Bakar |
Kemudahan penyediaan makanan seperti Restoran/Medan Ikan Bakar adalah merupakan penyumbang terbesar dalam program ini. Projek yang mampu menjana pendapatan dengan purata RM0.5 juta setahun bagi satu lokasi adalah antara projek utama yang kini mendapat perhatian. Dengan berkonsepkan ‘Masakan Ikan Segar’ dan bekalan hasil laut yang diperolehi terus daripada Projek Pemasaran Ikan, Persatuan Nelayan kini mampu menjadikan projek ini antara projek teras LKIM selain daripada membuka peluang kepada ahli keluarga nelayan meningkatkan pendapatan mereka. Bantuan yang diperolehi adalah berbentuk pembinaan dan naik taraf Restoran/Medan Ikan Bakar, pemberian peralatan, promosi dan penjenamaan serta pembangunan sumber manusia melalui penganjuran kursus dan latihan praktikal. Sebanyak 23 buah projek Restoran / Medan Ikan Bakar telah dijalankan di seluruh Malaysia. |
Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:
Jenis Aktiviti / Tarikan Utama
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Penginapan / Pakej
Peta Lokasi
|
|
Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:
Jenis Aktiviti / Tarikan Utama
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Lain
Pakej
Peta Lokasi
|