Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA)

KUBENA merupakan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.

Penubuhan Kubena adalah penting bagi memudahkan pihak LKIM menyelaraskan atau menyalur bantuan di samping memudahkan LKIM melaksanakan aktiviti dalam sub-program Pembangunan Keluarga Nelayan yang bertujuan membentuk Keluarga Bahagia.

Anak-anak nelayan dapat memainkan peranan penting untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA).

 

Objektif penubuhan KUBENA

  1. Melahirkan belia nelayan yang berpendidikan dan berkemahiran
  2. Melatih belia nelayan yang berdikari dan bekerja dalam berpasukan
  3. Melahirkan masyarakat belia nelayan yang bermoral dan beretika
  4. Melahirkan pemimpin belia yang merupakan aset penting bagi negara dalam pembangunan modal insan.

 

Syarat penubuhan

  1. Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.
  2. Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hingga 8 orang.
  3. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.

 

Syarat Keahlian

  1. Ahli keluarga nelayan bagi sesuatu Persatuan Nelayan.
  2. Ahli PNK yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  3. Anak-anak ahli Persatuan Nelayan yang berumur 15 hingga 40 tahun.

Bilangan ahli KUBENA mengikut negeri :

 

Bil.

Negeri

Bilangan KUNITA

Keahlian

1.

Perlis

1

15

2.

Kedah

3

146

3.

Pulau Pinang

1

50

4.

Perak

0

0

5.

Selangor

1

25

6.

Negeri Sembilan

2

27

7.

Melaka

2

20

8.

Johor

2

24

9.

Pahang

1

35

10.

Terengganu

1

7

11.

Kelantan

0

0

12.

Sarawak

2

85

13.

Sabah

2

170

14.

W.P Labuan

1

35

Jumlah

19

639

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti-aktiviti KUBENA

KUBENA Batu Pahat

Aktiviti Membuat Dan Membaiki Boat Fiber

KUBENA Bagan Ajam.

Proses Membuat ikan pekasam dan Bengkel Latihan Membuat Ikan Masin

Camar Laut LKIM.

Kursus Penyelenggaraan Peralatan Enjin Boat Fiber Kepada Nelayan Ahli KUBENA di Pusat Latihan Camar Laut LKIM

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

PEMAKLUMAN PENETAPAN SYARAT PERMIT EKSPORT PENGEKSPORTAN IKAN DAN HASILAN IKAN (BUKAN HIDUP) TERPILIH KE NEGARA - NEGARA TERPILIH

 

  • Pemeriksaan Sijil Catch Certificate/Catch Certificate from Country of Origin (COO)
  • Pemeriksaan Sijil Processing Statement I ANNEX IV
  • Pemeriksaan Sijil Kesihatan

 

Lampiran Rujukan: Permit Penetapan Syarat