Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Last updated : 02/03/2021

1.SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN PEMASARAN

 PEMBANGUNAN PASAR NELAYAN

  • Mengenal pasti tapak yang sesuai untuk Pasar Nelayan
  • Membangunkan Pasar Nelayan (Baru)
  • Mengurus, memantau dan menilai perjalanan serta penambahbaikan Pasar Nelayan
  • Melaksanakan kerja-kerja peningkatan Pasar Nelayan sediaada (mengikut kesesuaian)
  • Mengadakan program-program bagi keusahawan Pasar Nelayan

Q FISH

  • Mengenalpasti dan melantik pembekal pembekal yang berpotensi
  • Mempastikan pembekal yang dilantik menetapkan tanda harga yang mengikut standard siling yang telah ditetapkan
  • Mengenalpasti keperluan Program QFISH
  • Mengurus, memantau dan menilai status kemajuan Program QFISH
  • Mengadakan lawatan naziran dari semasa ke semasa untuk memastikan freezer tidak disalahgunakan dan bekalan stok ikan mencukupi
  • Bertanggungjawab memperkenalkan Program QFISH melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti promosi
  • Membantu menyediakan kemudahan peralatan

2.SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT PASARAN

PENGURUSAN MAKLUMAT

  • Menjana maklumat komoditi dan pasaran melalui pelbagai sumber (primer dan sekunder)
  • Menyediakan maklumat penting seperti pengeluaran , harga dan pemain-pemain yang terlibat
  • Menganalisa data dan menjana laporan kegunaan pengurusan dan stakeholders lain
  • Mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang cekap

KAJIAN PASARAN

  • Kajian penawaran dan permintaan serta penggunaan (utilization)
  • Menganalisa corak kepenggunaan (Consumption patterns)
  • Kajian Pasaran mengikut produk, saluran pasaran serta lokasi
  • Kajian senario kenaikan dan penurunan harga ( Price fluctuations) dan parameter yang mempengaruhi
  • Menganalisa Pertumbuhan Pelaburan Sektor Industri( Private Investment Growth)

PENERBITAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT

  • Menguruskan data/statistik dan membangunkan sistem penyebaran maklumat
  • Penerbitan statistik, laporan, buletin, direktori, katalog secara hardcopy, softcopy dan on-line

E-PENGISYTIHARAN DAN INSENTIF HASIL TANGKAPAN

  • Pengisytiharan pendaratan dan pemantauan melibatkan 240 pusat pengisytiharan dengan 502 kakitangan dan 36,000 vesel. Pengisytiharan dan pemantauan dilaksanakan setiap hari dengan anggaran pengisytiharan sebanyak 8,000 pengisytiharan
  • Pembayaran insentif hasil tangkapan RM0.10 kepada nelayan yang mendaratkan ikan setiap bulan

3. SEKSYEN PELESENAN

  • Memproses permohonan baru lesen import,eksport,borong dan runcit
  • Melaksanakan pembaharuan lesen dan mengemaskini maklumat pelesen
  • Memproses pindaan sekatan dan had lesen
  • Mengesan keaktifan pengimport, pengeskport dan peniaga ikan
  • Memberi ceramah/ penerangan mengenai pelesen LKIM
  • Pemantauan pelesenan dan memberi keterangan di mahkamah
  • Menyediakan direktori pengimport/pengeskport ikan
  • Memproses permohonan Pendaftar Peniaga Ikan

4. SEKSYEN PEMASARAN PN

PEMASARAN IKAN AIR TAWAR

  • Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur dan logistik pemasaran
  • Kajian pasaran ikan air tawar
  • Menganjurkan program pendidikan dan kempen
  • Maklumat keluaran akuakultur dan saluran pasaran
  • Melaksanakan program keusahawanan

PEMASARAN IKAN PN

  • Mengawalselia CC/DC yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan (PN)
  • Mengawalselia PNN/PNK yang menyertai pasar tani diseluruh negara
  • Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur & logistik pemasaran PN
  • Kajian pasaran ikan di Pasar Tani
  • Kajian impak PN menyertai Pasar Tani
  • Maklumat pendaratan ikan nelayan Zon A dan saluran pasaran

5. SEKSYEN KOMODITI AKUAKULTUR

  • Melaksanakan program pembangunan akuakultur mengikut baki peruntukan pembangunan sedia ada terutama kepada Persatuan Nelayan yang berpotensi
  • Menyelaraskan dan menyelai perjalanan Projek-projek akuakultur di bawah program penswastaan LKIM
  • Menyelaras dan menyelia perjalanan kerja-kerja pembinaan dan operasi Projek Akuakultur Fish Protech diempat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang dan Johor
  • Menyelaraskan dan menyelia spesifikasi pembinaan Projek-projek Akuakultur High Impact Project (IHP) yang sedang dan akan dibina.

PASAR NELAYAN
Pasar Nelayan