Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

14/07/2026

TAWARAN PERMOHONAN PENYEWAAN TANAH PROJEK AKUAKULTUR LKIM KUALA GULA, KERIAN, PERAK

Last updated : 14/07/2026

TAWARAN PENYEWAAN TANAH & PREMIS PROJEK AKUAKULTUR LKIM

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Bahagian Industri Asas Tani menawarkan beberapa tanah dan premis untuk disewakan bagi tujuan pengeluaran hasil akuakultur secara komersial. Pelabur daripada kalangan syarikat, persatuan dan koperasi adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.

Lokasi tanah ditawarkan:

1. Tanah Projek Akuakultur LKIM Kuala Gula, Kerian, Perak.

Tempoh iklan tawaran adalah dari 14 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026.

Para pelabur yang berminat boleh mengimbas QR code [https://forms.gle/MGRJenfxfUNaESt99] yang dipaparkan pada iklan ini dan mengisi borang permohonan melalui google form yang telah disediakan. Sesi taklimat permohonan dan lawatan tapak akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi LKIM. Hanya pelabur yang mengisi borang permohonan melalui google form sahaja akan dijemput ke sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut.