Last updated : 22/12/2022
PENGENALAN & OBJEKTIF
Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan telah diperkenalkan pada 16 Januari 2009 dan bertujuan untuk memberi bantuan kepada nelayan untuk meringankan beban apabila berlaku musibah kepada mereka. Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah :- - Memberi bantuan/sumbangan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan kehilangan/kemusnahan/kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.
- Memberi bantuan dan sumbangan kepada nelayan yang ditimpa kemalangan atau bencana alam.
|
TAFSIRAN BENCANA ALAM • Tafsiran Kemalangan Dan Bencana Alam bagi maksud mendapatkan bantuan kewangan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah : i) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan yang disebabkan oleh bencana alam seperti : - Banjir
- Ribut/Taufan
- Tsunami
- Tanah Runtuh/Hakisan
- Gempa Bumi
ii) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan disebabkan kebakaran. iii) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan disebabkan kemalangan. iv) Kematian seperti sakit, tua atau kematian biasa. - Mana-mana kemalangan disebabkan aktiviti-aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara adalah tidak layak untuk mendapat bantuan dari tabung ini.
- Mana-mana nelayan yang ditimpa kemalangan/bencana alam/kematian tetapi tidak tersenarai dalam tafsiran di atas dan difikirkan layak untuk mendapatkan bantuan/sumbangan serta mendapat kelulusan Ketua Pengarah LKIM, adalah layak diberi bantuan di bawah peruntukan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan.
|
KELAYAKAN Nelayan yang layak menerima bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini adalah :- i) Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan, atau ; ii) Nelayan methandienone bodybuilding yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol, atau ; iii) Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c. |
TATACARA PERMOHONAN - Permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan yang berdekatan dan laman web rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia: http://www.lkim.gov.my
- Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang disahkan benar oleh Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan. Salinan dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-
1.1.1 Salinan Laporan Polis
1.1.2 Salinan Kad Pengenalan
1.1.3 Salinan Kad Nelayan
1.1.4 Salinan Kad e-Petrol atau e-Diesel
1.1.5 Salinan Sijil Kematian (Jika Berkenaan) atau Dokumen/Sijil Pengkebumian
1.1.6 Salinan Lesen Vesel (Jika Berkenaan)
1.1.7 Surat Pengesahan masuk hospital
1.1.8 Gambar-gambar berkaitan (jika ada) - Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh ADUN / Penghulu / JKK Kampung dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan dan dikemukakan untuk kelulusan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah LKIM Negeri.
- Permohonan yang dibuat selepas 60 HARI dari tarikh kejadian adalah tidak layak dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan/sumbangan di bawah Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan.
|
JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN Jenis | Khairat Kematian | Keilatan Kekal | Hilang Upaya Kekal | Masuk Wad* (3 hari ke atas) |
* Bagi nelayan yang masuk wad selain daripada kemalangan hanya layak diberi bantuan sekali sahaja dalam setahun. |
Jenis | Bot | Sampan | Rumah | Pukat dan lain-lain peralatan penangkapan ikan. |
|
|