Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

25/11/2025

PLOT TANAH UNTUK DISEWA

Last updated : 25/11/2025

LKIM ingin memaklumkan kepada semua pihak yang berminat mengenai ketersediaan plot tanah kosong untuk tujuan sewaan di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Pasir Puteh, Kelantan.

Plot tanah kosong ini amat sesuai untuk pembangunan berkaitan industri perikanan, pemprosesan, agribisnes, atau aktiviti hiliran yang disokong oleh ekosistem perindustrian di TBIFP.

Pihak yang berminat diminta untuk mengemukakan Cadangan Pembangunan (Proposal) dan menyatakan hasrat mereka secara rasmi kepada kami melalui:
• Email: lkimtokbali22@gmail.com; atau
• Alamat: Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk temujanji melihat tapak, sila hubungi:
Encik Muhammad Faris bin Mohd Ruslim
Pengurus TBIFP
09-7788600