Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

21/10/2021

Penutupan Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kerana Penularan Jangkitan Wabak Covid-19

Last updated : 12/06/2022

Mesyuarat dimaklumkan Bahagian Pembangunan Infrastruktur melalui surat makluman SOP dan FAQ bertarikh 31 Mei 2021 telah diedarkan untuk perhatian serta rujukan LKIM Negeri dan Pengurusan Kompleks. Walaubagaimanapun, Bahagian Infrastruktur telah mengemukakan SOP Am Pengurusan Dan Pengoperasian Kompleks/Labuhan LKIM Dalam Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tersebut sebagai Pemakluman Semula pada 24 September 2021.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan dan Penguatkuasaan telah menggunapakai SOP yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Infrastruktur iaitu SOP dan FAQ bertarikh 31 Mei 2021 bagi tujuan pengoperasian dan penguatkuasaan di Kompleks-Kompleks LKIM.

Sehubungan itu Pengerusi meminta supaya SOP Am tersebut di atas di muat naik dalam laman web LKIM untuk tujuan hebahan kepada umum.

 

SOP AM DAN FAQ KOMPLEKS.LABUHAN- PKP 2021