Pembangunan Akuakultur
Last updated : 15/10/2015
Aktiviti 1 : Galakan Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Sabah & Sarawak
1. Latarbelakang
- Akuakultur sangkar telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan satu kaedah yang paling popular digunakan dalam akuakultur di kawasan yang mempunyai persisiran pantai dan kawasan muara sungai yang terlindung.
- Sistem ternakan sangkar telah berkembang dengan pesat ekoran keperluan serta masalah kekurangan kawasan ternakan untuk kolam semakin meningkat. Penggunaan rakit-rakit kayu telah semakin berkurangan dan diganti dengan sangkar-sangkar diperbuat dari “high density polyethy lene” (HDPE) yang dapat bertahan dalam kawasan yang telah terdedah disamping kos penyenggaraan yang lebih rendah.
- Bagi menggalak penyertaan nelayan pantai dalam akuakultur sangkar merin untuk meningkat produktiviti dan menambah pengeluaran ikan negara, dicadangkan diadakan bantuan peralatan sangkar ternakan ikan merin. Aktiviti ini dicadangkan bagi Negeri Sabah dan Sarawak memandangkan kedua-dua negeri ini masih ketinggalan dari segi akuakultur sangkar merin berbanding di Semenanjung. Di negeri-negeri ini terdapat banyak kawasan yang bebas dari pencemaran dan sesuai untuk ternakan sangkar.
- Spesis-spesis ikan yang dicadang untuk di ternak ialah seperti berikut:-
- Siakap (Lates calcarifer)
- Jenahak (Lutjanus Johni)
- Kerapu (Epinephelus taurirna)
2. Objektif Projek
- Menggalak dan memperkenalkan teknologi penternakan ikan marin dalam sangkar kepada nelayan tempatan di Sabah dan Sarawak.
- Menggunakan sumber laut persisiran pantai dan muara sungai untuk pengeluaran maksimum bagi ikan dengan mengambil kira faktor penjagaan alam sekitar.
- Menambah bekalan ikan negara dan meningkat pendapatan nelayan melalui peningkatan produktiviti akuakultur ikan marin dalam sangkar.
- Memberi peluang pekerjaan kepada nelayan dan ahli keluarga mereka.
Aktiviti 2 : Projek Kajian- Pra Kemungkinan (TEMU)
1. Objektif Projek
- Meningkatkan pengeluaran hasil ternakair terutamanya kepada penternak-penternak kecil.
- Kajian ini juga dijangkakan boleh membantu pihak LKIM sendiri dalam mengenalpasti penemuan-penemuan baru dalam bidang akuakultur.
- Mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan-bahan input yang baru bagi menghasilkan output yang berkualiti.
2. Komponen Projek
- Peralatan untuk rawatan air yang sedia ada menggunakan anolyte di projek tidak dapat menampung keperluan sebenar kapasiti anolyte. Memandangkan tahap keberkesanan peralatan ini dalam rawatan air kolam amat baik, tambahan kepada peralatan yang sedia ada amat diperlukan.
- Projek Percubaan Ternakan Pelbagai Spesis akan dilaksanakan bertujuan menambahkan bilangan spesis ternakair supaya kita tidak bergantung kepada mana-mana satu spesis sahaja. Penternak dijangka akan mendapat faedah dari projek ini. Pada masa ini ternakan udang harimau tidak lagi dianggap sebagai ternakair yang boleh mendatangkan keuntungan. Spesis-spesis lain seperti udang putih sekarang ini diberi tumpuan utama kerana pulangannya amat memberansangkan.
Pages: 1 2