Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

AGROTOURISM

PUSAT LATIHAN CAMAR LAUT

Pusat Latihan LKIM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan dan objektif  Pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mewujudkan sebuah Pusat Latihan Kakitangan LKIM dan kumpulan sasar berkonsepkan perkhidmatan penginapan serta penyediaan kemudahan latihan. Polisi kualiti Pusat Latihan ialah melahirkan modal insan yang kompeten dan memberi perkhidmatan berkualiti.

 

Tadbir urus Pusat Latihan LKIM bermula pada tahun 1991 dibawah Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi. Seterusnya diletakkan dibawah Unit Latihan, Bahagian Pentadbiran dan seliaan LKIM Negeri Selangor. Tahun 2009, Pusat Latihan LKIM ditadbirurus oleh Ibu Pejabat dan diletakkan dibawah tanggungjawab Seksyen Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan LKIM bagi memudahkan urusan pentadbiran. Perbelanjaan infrastruktur dan belanja mengurus Pusat Latihan LKIM Camar Laut mengunakan sumber peruntukan dalaman (APDS ) yang telah mencecah RM 70 juta .

 

Pusat Latihan LKIM terlibat secara langsung dalam industri penginapan berkonsepkan Resort dan kini semakin berkembang serta sambutan amat menggalakkan dan tahap penghunian (Occupancy Rate) adalah 50%.  Terdapat dua  faktor utama iaitu perkhidmatan penginapan yang ekonomik yang berkonsepkan alam semulajadi/ luar bandar (Nature/ Rural Tourism) dan penyediaan perkhidmatan kemudahan kursus, seminar, majlis dan rekreasi yang komprehensif. Antara kemudahan yang disediakan adalah 18 unit Chalet (Single dan Twin) serta bangunan penginapan bertingkat meliputi 12 unit bilik jenis Standard dan 2 unit bilik Suite, Dewan Kuliah, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Surau dan Padang Rekreasi.

 

Fasa pembangunan Pusat Latihan LKIM telah bermula sejak tahun 1990 dengan wujudnya penyediaan 18 unit Chalet kayu dan kemudahan kantin, pejabat dan surau. Tahun 2001, tambahan blok akademik untuk kemudahan kursus dan dewan serbaguna (Majlis keramaian, sukan dan rekreasi). Berikutnya bagi tahun 2005, pembinaan bangunan penginapan bertingkat 14 unit dimulakan. Kini, kemudahan keseluruhan Pusat Latihan LKIM hampir melengkapi keseluruhan keperluan dalam perkhidmatan penyediaan kemudahan kursus dan komersial.

 

Seiring dengan kepadatan peserta kursus dan peningkatan pada tahun 2013, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membina sebuah Bangunan 3 tingkat di Lot 977, Mukim Sepang seperti yang terkandung dalam Cadangan Pembangunan Strategik PLLKIM mengunakan peruntukan sumber dalaman LKIM.

 

 

Bangunan tiga tingkat ini yang di namakan Dewan Sri Camar  menempatkan tiga (3) tingkat yang mempunyai kemudahan yang berbeza.Tingkat satu (1)  menempatkan Dewan Makan yang berkonsep dan moden dengan kapasiti seramai 200 orang dalam satu satu masa. Tingkat dua (2) pula merupakan dua (2) Bilik Kuliah atau Seminar yang boleh menempatkan sehingga 150 orang pada satu masa dan juga Lounge (ruang rehat dan menunggu). Tingkat tiga (3) pula merupakan Pusat Senaman atau Gimnasium dimana  memberi satu perkhidmatan “Relax And Healthy”. Manakala kolam renang yang berkeluasan 3,620 kaki persegi merupakan salah satu kemudahan rekreasi  yang menjadi tarikan para pengunjung di PLLKIM.

Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor

03 – 3141 1912

03 – 3141 1924

camarlautresort@yahoo.com