Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

01/12/2022

CADANGAN PINDAAN KAEDAH-KAEDAH LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (KOMPLEKS PERIKANAN, LABUHAN PERIKANAN DAN JETI PENDARATAN IKAN) 2010

Last updated : 01/12/2022

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membuat permohonan kepada pihak Malaysian Productivity Corportation (MPC) bagi Cadangan Pindaan (Sebahagian daripada) Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010. Cadangan pindaan ini adalah melibatkan pindaan caj perkhidmatan bagi ikan yang dipindahkan, melainkan melalui suatu acara lelong di Perihalan (iii) Bahagian III (c) Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Perikanan Ikan) 2010 (Kaedah LKIM 2010) iaitu peruntukan sedia ada bagi “bekas atau apa-apa tempat simpanan lain yang mengandungi lebih daripada 100 kg ikan” dipinda daripada kadar RM0.10 kepada RM0.01 setiap kilogram ikan.

Sukacita dimaklumkan, satu sesi tinjauan bagi Cadangan Pindaan Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 mulai 1 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 seperti pautan berikut :

https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/%25cspapp.bi.work.nc.custom.regulation.cls?regId=552