Page 6 - Buletin LKIM - Edisi Januari-April 2019
P. 6
HPeanrgaepraunsTiaLhKuIMn 2019
JANUARI Tarikh : 10 Januari 2019 (Khamis)
2019 Tempat : Auditorium LKIM, Wisma LKIM, Puchong, Selangor
Tahun 2019 merupakan tahun yang penting buat LKIM. Dengan slogan
‘Merejuvenasi Industri Perikanan,” beberapa hala tuju penting LKIM pada
tahun ini telah digariskan selari dengan lima (5) Hala Tuju Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 - 2020. Pertama, nelayan di Malaysia
perlu dimodenkan. Nelayan di Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada
penangkapan ikan secara tradisional sahaja kerana aktiviti penangkapan
ikan sebegini tidak memberikan pendapatan yang lumayan. Nelayan kini
perlu berubah dengan mula menggunakan teknologi maklumat (ICT) bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka seiring dengan Revolusi
Industri 4.0. Penggunaan teknologi terkini juga diharap mampu menarik minat
generasi muda untuk terlibat sebagai nelayan.
Kedua, Persatuan Nelayan perlu diperkasakan. Persatuan Nelayan bukan
sahaja perlu dalam menjaga kebajikan nelayan, malah juga terlibat dalam
bidang perniagaan. Persatuan Nelayan tidak boleh hanya bergantung kepada
perniagaan yang sudah dilakukan sekian lama seperti penjualan minyak
sahaja tetapi perlu meneroka peluang perniagaan yang lebih besar. Persatuan
Nelayan khususnya Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan perlu terlibat
dalam industri upstream, midstream, dan downstream bagi memastikan mereka
mendapat pendapatan yang lumayan. Dengan memperoleh pendapatan yang
lumayan tersebut, nelayan dibawah mereka mampu memperoleh manfaat yang
lebih besar.
Sebagai agensi kerajaan, LKIM juga perlu memastikan rakyat mendapat
bekalan ikan yang mencukupi dan harganya berpatutan. Harga ikan yang tidak
stabil sepanjang tahun merupakan cabaran terbesar LKIM bagi memastikan
bekalan dan harga yang
munasabah dapat diperolehi
oleh para pengguna. Oleh
itu, bagi memastikan perkara
tersebut dapat dilaksanakan,
sebanyak tiga langkah
dilaksanakan. Pertama,
meluaskan pasaran Q’Fish
atau ikan segar beku bagi
memastikan para pengguna
mampu memperoleh bekalan
ikan dengan harga yang
murah. Kedua, membina
lima (5) lagi Pasar Nelayan
akan dibina dan menaiktaraf
23 lagi Pasar Nelayan akan
dilakukan pada tahun ini.
Pasar Nelayan merupakan
antara idea terbaik bagi
memastikan rantaian bekalan
6 Buletin LKIM TAHUN 2019
(EDISI JANUARI - APRIL 2019)