Page 4 - Buletin LKIM - Edisi Januari-April 2019
P. 4
DARI MEJA
PENGARANG
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berkongsi
maklumat terkini Buletin Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM), Edisi Pertama bagi tahun 2019.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan
oleh LKIM sepanjang bulan Januari hingga April 2019 untuk
dikongsikan bersama pembaca sekalian. Buletin LKIM kali
ini memaparkan kesungguhan dan kerja keras berpasukan
dikalangan wargakerja LKIM di dalam melaksanakan dan
memperkasakan industri perikanan dan memartabatkan
golongan nelayan agar mereka terus terbela.
Di samping itu, LKIM telah menganjurkan program seperti
Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai pesara dan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada wargakerja
yang telah menunjukkan kecemerlangannya pada tahun
lalu. LKIM juga telah menerima pengiktirafan pingat gangsa
dalam pertandingan Public Service Innovation Award
sempena Malaysia Technology Expo 2019 di PWTC selain
penganugerahan Sijil Pencapaian Terbaik dari Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menariknya pada keluaran ini, saya cuba memperkenalkan
konsep Jom Travel Agro bagi mempromosikan projek agrotorism
yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan kepada umum. Ianya
adalah sebagai salah satu langkah untuk menyokong projek
ekonomi ini terus berkembang. InsyaAllah.
Akhir kata, diharap pengisian dan maklumat dalam edisi kali
ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada warga
LKIM khususnya untuk memacu semangat dalam mencapai
pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.
SITI HAWA DELAILA BINTI TUKIRAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
4 Buletin LKIM TAHUN 2019
(EDISI JANUARI - APRIL 2019)