Page 5 - Buletin LKIM - Edisi Januari-April 2019
P. 5
PERUTUSAN
KETUA PENGARAH
Syukur ke hadrat Allah s.w.t, terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada sidang redaksi Buletin LKIM Edisi Januari
sehingga April 2019 kerana memberi saya ruang dan kesempatan
untuk menyampaikan beberapa amanat dan pesanan di dalam ruangan ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya
untuk menerajui tampuk pimpinan LKIM.
Sedar tak sedar kita telah tiba di tahun 2019. Sepanjang suku pertama
tahun 2019 ini, LKIM dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
telah menganjurkan pelbagai aktiviti. Di antara peristiwa penting yang
patut diberi perhatian ialah Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani oleh YB Dato’ Haji Salahudin bin Ayob,
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 14 Februari 2019
di Dewan D, Maeps, Serdang, Selangor. Ia merupakan langkah
permulaan kepada pembentukan Hala Tuju LKIM selaras dengan
matlamat dan peranan LKIM dalam memperkukuhkan industri
perikanan negara, memperkukuhkan rantaian pemasaran,
memperkasakan Persatuan Nelayan, meningkatkan pendapatan
nelayan dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan
LKIM.
Sejajar dengan tanggungjawab LKIM sebagai agensi kerajaan
dan pembela golongan nelayan, LKIM melalui Persatuan
Nelayan (PN) haruslah mampu untuk berdaya saing dalam
memartabatkan golongan sasar. Bagi menyahut seruan kerajaan
dalam mengurangkan kebergantungan nelayan terhadap kerajaan,
pengurusan PN harus memainkan peranan dalam merancang
program-program khas bukan sahaja kepada nelayan, tetapi
melibatkan penglibatan anak-anak nelayan, belia nelayan serta isteri-
isteri nelayan keseluruhannya.
Perancangan yang terperinci dan teratur ini dijangka dapat
menambah pendapatan isi rumah dan secara tidak langsung
membawa nelayan keluar dari garis kemiskinan. Persatuan Nelayan
harus bergerak seiring bersama industri dan tidak terlalu mendesak
kerajaan sebaliknya menyumbang dan meringankan beban kerajaan
dalam memajukan industri perikanan negara.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga LKIM kerana
memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan misi dan visi LKIM.
Syabas kepada masyarakat nelayan yang telah terlibat dalam pelbagai
program yang dilaksanakan oleh LKIM sepanjang tahun lalu dan saya
berharap mereka akan terus berusaha meningkatkan produktiviti pada masa
yang akan datang selain mengekalkan kerjasama dan terus berusaha ke
arah yang lebih baik untuk kesejahteraan bersama. Semoga tahun 2019 ini
akan terus membawa kecemerlangan kepada kita semua.
JAMALUDIN BIN OTHMAN
Ketua Pengarah
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Buletin LKIM TAHUN 2019 5
(EDISI JANUARI - APRIL 2019)