Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Data Terbuka Sektor Awam

Last updated : 31/10/2016

Latar Belakang

Data   terbuka merujuk   data   kerajaan   yang   boleh   digunakan secara  bebas,  boleh  dikongsikan  dan  digunakan  semula  oleh  rakyat, agensi   sektor   awam   atau   swasta   untuk   sebarang   tujuan. Ia berperanan  sebagai  penggerak  dalam  inisiatif  kerajaan  berpaksikan rakyat. Pelaksanaan  data terbuka  dapat meningkatkan kualiti  dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data  yang  tepat,  cepat  dan  relevan. Di  samping  itu, ia  juga  dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Objektif

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:
  1. Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
  2. Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian yang berpaksikan rakyat.
  3. Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.