Page 31 - Buletin LKIM - Edisi Januari-April 2019
P. 31
BERITA DARI SELATAN

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha
Negara ke Kompleks Perikanan LKIM
Pengerang, Johor

APRIL Tarikh : 14 April 2019 (Ahad)
2019 Tempat : Kompleks Perikanan LKIM Pengerang, Johor

Nur Aisyah Hamizah binti Abdullah Sahimi
LKIM Negeri Johor

Pada 14 April 2019, Khamis telah berlangsung
lawatan kerja oleh Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar,
Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Kompleks
Perikanan LKIM, Pengerang, Johor. Lawatan ini
merupakan salah satu pengisian daripada lawatan
kerja KSN ke projek-projek Kerajaan Persekutuan di
kawasan Pengerang, Johor.

Pada lawatan kerja ini, Ketua Pengarah LKIM telah
membentangkan beberapa perkara kepada KSN iaitu
latar belakang Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)
Pengerang, demografi nelayan-nelayan kawasan
Pengerang, keperluan perpindahan nelayan-
nelayan dari jeti-jeti lain ke Kompleks Perikanan
Sungai Musoh, Pengerang dan rekabentuk serta
kos-kos terlibat bagi pembinaan kompleks ini. Datuk
Seri KSN telah diberikan taklimat oleh YBhg. Encik
Jamaludin bin Othman, Ketua Pengarah LKIM. Turut
hadir Encik Abd. Aziz bin Rosdi, Timbalan Pengarah
(Kanan) LKIM Negeri Johor dan Encik Zamani bin Hj
Omar, Pengarah Jabatan Perikanan Johor.

Projek ini dijangka memberi impak ke atas pemusatan
pendaratan bot-bot nelayan tempatan yang dijangka
dapat mendarat ikan sebanyak 2.98mt di kompleks
dan isytihar hasil tangkapan sebanyak 22.99mt
sebulan.

Buletin LKIM TAHUN 2019 31

(EDISI JANUARI - APRIL 2019)
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36