TAWARAN PENYEWAAN TANAH DAN PREMIS PROJEK AKUAKULTUR LKIM
Last updated : 09/06/2026
TAWARAN PENYEWAAN TANAH & PREMIS PROJEK AKUAKULTUR LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Bahagian Industri Asas Tani menawarkan beberapa tanah dan premis untuk disewakan bagi tujuan pengeluaran hasil akuakultur secara komersial. Pelabur daripada kalangan syarikat, persatuan dan koperasi adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.
Lokasi tanah dan premis yang ditawarkan:
1. Premis Projek Akuakultur LKIM Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
2. Premis Projek Akuakultur LKIM Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
3. Tanah Projek Akuakultur LKIM Kuala Gula, Kerian, Perak.
Tempoh iklan tawaran adalah dari 9 Jun 2026 hingga 9 Julai 2026.
Para pelabur yang berminat boleh mengimbas QR code [https://forms.gle/MGRJenfxfUNaESt99] yang dipaparkan pada iklan ini dan mengisi borang permohonan melalui google form yang telah disediakan. Sesi taklimat permohonan dan lawatan tapak akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi LKIM. Hanya pelabur yang mengisi borang permohonan melalui google form sahaja akan dijemput ke sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut.
