Notis Makluman Pertukaran Moto Surat Rasmi LKIM

Notis Makluman Pertukaran Moto Surat Rasmi LKIM – Arahan Lisan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meminta semua Jabatan/agensi dibawahnya menukarkan moto surat rasmi daripada “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN” kepada perkataan “JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH” berkuatkuasa serta merta.

Pengisytiharan Harta di dalam sistem HRMIS

Pegawai/Kakitangan LKIM diminta membuat Pengisytiharan Harta di dalam sistem HRMIS. Merujuk kepada peraturan 9(1) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002. Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan Unit Intergriti, LKIM.