Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pengurusan Maklumat Pemasaran

Program Pengisytiharan Pendaratan Ikan LKIM

 

Program Pengisytiharan Pendaratan Ikan LKIM telah diwujudkan sejak Jun 2008 dengan tujuan untuk menjadi kawalan bagi Program Insentif Hasil Tangkapan Ikan LKIM (IHTI), Program Minyak Bersubsidi LKIM dan juga Bantuan Elaun Sara Hidup LKIM (ESH).

 

Melalui aktiviti pengisytiharan ini, LKIM akan dapat mengenalpasti kuantiti ikan yang didaratkan oleh nelayan bagi tujuan pembayaran IHTI kepada nelayan. Keaktifan pengisytiharan ini juga digunakan bagi mengenalpasti nelayan yang tulen dan aktif ke laut dan menjadi kawalan bagi melayakkan nelayan menerima bantuan minyak bersubsidi dan ESH. Data perikanan yang dikumpulkan pula akan digunakan oleh pihak LKIM bagi tujuan program pembangunan perikanan. Tren pendaratan dan harga pendaratan ikan yang dikutip akan dibuat analisis sesuai dengan keperluan semasa.

 

Pada masa ini Program Pengisytiharan Pendaratan Ikan LKIM beroperasi di 169 buah lokasi di seluruh negara dengan kekuatan seramai 303 orang kakitangan.

 

Pautan sistem e-pengisytiharan : https://epengisytiharan.lkim.gov.my/

Taburan lokasi dan kakitangan pusat Pengisytiharan Pendaratan Ikan LKIM 2022

NegeriBil. PusatBil. Kakitangan
Perlis34
Kedah1321
P.Pinang1521
Perak1742
Selangor1522
Melaka613
N.Sembilan37
Johor2234
Pahang919
Terengganu1624
Kelantan59
Sarawak2435
Sabah1949
W.P Labuan23
Jumlah169303

Sepanjang tahun 2021, sistem e-Pengisytiharan telah merekodkan pendaratan ikan sebanyak  629 ribu tan metrik bernilai RM 1.91 bilion. Pendaratan tertinggi adalah di negeri Perak dan diikuti oleh Sabah, Pahang dan Selangor. Rekod pendaratan ini merangkumi semua jenis ikan marin dan air tawar termasuk ikan baja dan kerang-kerangan.

Kuantiti pendaratan tahun 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 49% berbanding tahun 2020 (422 MT) Negeri Perak mengambil alih kedudukan teratas pendaratan tertinggi daripada Sabah  pada  tahun 2021.

 

Pengisytiharan Pendaratan Ikan Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017 hingga 2021

NEGERIKUANTITI (MT)
20212020201920182017JUMLAH
Perlis8,905.8211,489.0020,179.4628,479.7226,317.5095,371.50
Kedah34,103.4534,880.0068,613.9175,661.7374,670.09287,929.18
Pulau Pinang15,945.2911,818.0016,530.8218,785.7718,811.6381,891.51
Perak195,007.2382,013.36239,567.05287,402.06256,660.981,060,650.67
Selangor60,815.9636,594.0075,404.9180,707.0076,731.47330,253.34
Negeri Sembilan327.64270.00463.95485.28498.352,045.22
Melaka617.92631.00929.591,122.351,193.344,494.20
Johor20,263.9112,238.0027,736.9833,402.5026,763.09120,404.48
Pahang84,517.8658,576.0097,257.82110,167.7498,045.76448,565.18
Kelantan15,572.7714,327.0016,071.7731,393.9835,712.03113,077.55
Terengganu9,275.658,739.0019,409.1122,411.1021,788.8381,623.69
Sarawak44,487.8942,688.0064,385.4668,078.9468,428.44288,068.73
Sabah135,889.73104,388.00132,582.66151,090.51138,696.40662,647.30
Wilayah Persekutuan Labuan3,361.803,264.003,559.905,428.137,222.2022,836.03
JUMLAH629,092.92421,915.36782,693.38914,616.80851,540.113,599,858.57

* Sumber e-pengisytiharan LKIM.

Gambar-gambar Aktiviti