Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) ialah bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Kadar bantuan bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM 300.00 sebulan berbanding tahun 2020 dengan kadar bayaran sejumlah RM 250.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak. Program ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.
Penyaluran ESHN Bagi Tempoh 5 Tahun
Tahun | Bilangan Penerima | Nilai (RM) |
2021 | 37,474 | 116,810,700.00 |
2020 | 39,089 | 100,703,500.00 |
2019 | 45,380 | 87,297,600.00 |
2018 | 53,729 | 162,530,050.00 |
2017 | 56,149 | 166,071,650.00 |
Sistem : e-Pengisytiharan
Majlis penyerahan bayaran ESHN kepada 595 orang penerima seluruh Negeri Melaka
Pengumuman kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan sewaktu Program YAB Perdana Menteri bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Beaufort