Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut: - Memberikan keputusan Pendaftar ke atas pertikaian ahli dan cadangan Pindaan Perlembagaan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh sepuluh (10) hari.
- Memberi keputusan permohonan Projek Pembangunan yang dipohon dalam tempoh satu (1) Bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Memastikan semua tuntutan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap.
- Memberikan keputusan permohonan Lesen Import, Eksport dan Lesen Berniaga Ikan LKIM dalam tempoh:
i) Satu (1) Minggu untuk permohonan baru dan ii) Satu (1) jam untuk permohonan Pembaharuan. Dengan syarat semua maklumat atau dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. - Mengemukakan Laporan dan Penyata akaun yang telah diaudit beserta dengan kertas kabinet ke Kementerian Pertanian sebelum 30 September setiap tahun untuk pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri.
- Menyediakan kelulusan pendaftar ke atas Akaun Teraudit Persatuan Nelayan (PN) dalam masa satu (1) Bulan.
- Bayaran Elaun Sara Hidup dan Insentif Pendaratan Ikan dibayar pada setiap 15 haribulan.
- Memberi maklumbalas dalam masa :-
i) Satu (1) hari untuk Aduan Media ii) Satu (1) minggu untuk Aduan Awam dan Surat-surat Rasmi. - Memberikan keputusan ke atas permohonan Kad e-Diesel/e-Petrol yang diterima dari LKIM negeri dalam Tempoh satu (1) Hari.
|