Unit Komunikasi Korporat

klik untuk paparan zoom

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

OBJEKTIF BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

  • Membantu membentuk imej yang menggambarkan komitmen LKIM dalam menggerakkan industri perikanan dan sebagai penyumbang kepada pertumbuhan sektor perikanan negara.
  • Mengada dan menyebarkan maklumat kepada kumpulan sasar untuk membentuk nelayan berdaya maju sama ada melalui media cetak atau media elektronik.
  • Menangani secara berkesan aspek komunikasi antara LKIM dengan semua konsituensinya menerusi strategi dan program komunikasi yang mantap serta berterusan bagi melahirkan pasukan pengurusan dan nelayan yang sensitif dalam mengerakkan industri perikanan negara.
  • Memelihara hubungan baik dan persefahaman dikalangan para pegawai/kakitangan LKIM dengan pihak pengurusan LKIM.
  • Membantu sesuatu pasukan petugas yang berkualiti melalui pengalaman PA yang betul dikalangan semua pegawai/kakitangan LKIM terhadap publisiti dalam dan luaran.
  • Meningkatkan tahap komunikasi yang lebih berkesan di kumpulan sasar dan LKIM.

MISI SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT

  • Ke arah memesatkan pembangunan Korporat LKIM melalui kecemerlangan tenaga manusia yang produktif serta maklumat yang tepat.

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :-

1.    Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian/ Jabatan dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran:-

  • Surat Kepada Pengarang (SKP) – 1 hari bekerja.
  • Internet (Sistem online/blog/emel) – 14 hari bekerja.
  • SMS/ Telefon/Surat – 14 hari bekerja.
  • Biro Pengaduan Awam – 5 hari bekerja.
  • Siasatan lanjut – Tidak melebihi 30 hari.

2.    Memastikan promosi dan publisiti bagi setiap aktiviti dan program kementerian/ Jabatan dan Agensi di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaksanakan dengan meluas, jelas dan tepat melalui :-

  • Flyer – 1 minggu sebelum majlis.
  • Bunting/ Banner – 1 minggu sebelum majlis.
  • Iklan – 2 minggu sebelum majlis.

3.    Memastikan Nota Kepada Pengarang (Jemputan Media) dibuat 2 hari sebelum program/aktiviti dilaksanakan.

TUGAS SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT

  • Memastikan aktiviti-aktiviti LKIM mendapat publisiti meluas melalui media massa.
  • Memastikan khalayak sasar LKIM memahami dan menerima program-program LKIM dan Kementerian.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti secara sistematik dan teratur.
  • Melaksanakan tugas keurusetiaan aduan awam bagi LKIM.
  • Merancang dan menyelaras strategi media bagi LKIM.
  • Menyelaras program-program dengan pihak media cetak dan media elektronik.
  • Melaksanakan penerbitan Buletin LKIM.
  • Mengatur penglibatan Bahagian-Bahagian lain dalam aktiviti pameran yang melibatkan LKIM.
  • Mengatur Program Hari Bertemu Pelanggan diperingkat Negeri dan Persatuan Nelayan.

 

Hubungi kami:
Seksyen Komunikasi Korporat,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 5, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.Tel: 03-8064 9000
Fax:03-80603684