Unit Audit Dalam

 

CARTA ORGANISASI UNIT AUDIT DALAM

3

 

VISI UNIT

Bersama Menguruskan Risiko.

OBJEKTIF UNIT AUDIT DALAM

Membantu pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan dengan cara membuat analisa dan cadangan serta memberi nasihat dan maklumat berhubung dengan semua aktiviti yang telah diperiksa.

PIAGAM PELANGGAN UNIT

  • Menjalankan Audit Semasa dan mengeluarkan Laporan Pemerhatian Audit dalam masa 10 hari bekerja.
  • Menjalankan Audit Berkanun dan mengeluarkan penyata kewangan Persatuan Nelayan bagi satu tahun kewangan yang telah diaudit dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Mengeluarkan Surat Kelulusan Pendaftar ke atas akaun teraudit Persatuan Nelayan dalam tempoh 20 hari bekerja.
  • Menjalankan Audit Kajian dan mengeluarkan pemerhatian audit dalam tempoh 35 hari bekerja.
  • Menjalankan Siasatan dan mengeluarkan laporan siasatan dalam tempoh 90 hari bekerja.
  • Mengemukakan Rancangan Tahunan Audit Dalam dan Laporan Tahunan Audit Dalam yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa, manakala Laporan Tahunan Audit Dalam hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.

A. Tugas-tugas Seksyen Audit Kewangan – KS(AK)

Menjalankan Audit Pengurusan Kewangan yang merangkumi pemeriksaan terhadap:

  • Sistem Kewangan;
  • Kawalan dalaman;
  • Rekod kewangan.

Untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

2. Menjalankan Audit Prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berkemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kewangan, penipuan, dan penyelewengan.
  • Perubahan kompleksiti dalam perlaksanaan tugas dengan menambahkan bajet serta bebanan tugas.

 

B. Tugas-tugas Seksyen Audit Pengurusan – KS(AP)

  • Melaksanakan Audit Pengurusan Ke Atas Program/ Aktiviti LKIM.
  • Melaksanakan Audit Pematuhan  Ke Atas “SOP” Tadbirurus pengurusan LKIM.
  • Menentukan kebolehercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawalan operasi.

 

C. Seksyen Audit Kajian dan Siasatan.

1. Menjalankan Audit Kajian;

  • Menjalankan Audit Prestasi yang merangkumi kajian dan penilaian terhadap aktiviti/program LKIM dan PN untuk menentukan fungsi perancangan, penyeliaan arahan dan pengawalan dasar dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berkemat, cekap dan berkesan.

2. Menjalankan Audit Siasatan.

  • Menjalankan siasatan audit mengikut arahan Ketua Pengarah LKIM bagi kes-kes berkaitan LKIM.
  • Menjalankan siasatan audit mengikut arahan Pendaftar mengikut seksyen 19, Akta Persatuan Nelayan 1971.
  • Memberi Khidmat nasihat kepada pengurusan mengenai perubahan dalam amalam sistem dan tatacara yang sesuai dalam memperkukuhkan sistem kawalan dalaman LKIM.

3. Menjalankan Audit Berkanun terhadap PN daif

4. Mengeluarkan Kelulusan Pendaftar Ke atas Akaun Teraudit PN untuk dibentangkan dalam mesyuarat Agung  Tahunan.

 

D. Ketua Unit Urusetia.

Menjalankan Kerja-kerja:-

  • Mesyuarat Jawatankuasa Audit LKIM;
  • Mesyuarat Jawatankuasa Audit PN;
  • Mesyuarat berkaitan Unit Audit Dalam;
  • Kursus dan Latihan Unit Audit Dalam;
  • Lain-lain tugas pentadbiran.

Hubungi kami: 
Unit Audit Dalam,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 4, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80649000
Fax : 03-80603671