Bahasa Melayu | English | Chinese Masuk | Daftar Baru Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
  Set Semula Merah Biru Hijau Kecilkan Tulisan Set Semula Tulisan Besarkan Tulisan
  • Laman Utama
  • Info LKIM
    • Perutusan
      • Ucapan Pengerusi
      • Ketua Pengarah
    • Profil
      • Latar belakang
      • Visi, Misi & Objektif
      • Piagam Pelanggan
      • Tafsir Logo
      • Akta 49
    • Organisasi
      • Carta Organisasi LKIM Ibu Pejabat
      • Ahli-ahli Jemaah Lembaga
      • Pengurusan Atasan
      • Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat
      • Direktori Pegawai & Kakitangan LKIM Ibu Pejabat
      • Pejabat LKIM Negeri
      • Persatuan-persatuan Nelayan
      • Kompleks-Kompleks Perikanan LKIM
      • Kompleks/Pusat Pemeriksaan Ikan LKIM
      • Anak Syarikat LKIM
  • Program
    • Program Pembangunan
      • Pembangunan Industri Asas Tani
      • Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan
      • Pembangunan Infrastruktur
      • Pembangunan Pemasaran
      • Kawalselia Jeti Pendaratan Ikan
      • Program Ikan Rakyat
    • Program Inovasi
  • Perkhidmatan
    • Sistem Atas Talian
      • e-Bayaran
    • Statistik Perkhidmatan Atas Talian
    • Agribazaar (Kebaikan Perniagaan Agro Dalam Talian)
  • Sumber
    • Petunjuk Prestasi Pencapaian (KPI) LKIM
    • Penerbitan
      • SENDI 2007
      • Buletin LKIM
    • Laporan Risikan Pasaran dan Harga Ikan
      • Laporan Harga Mingguan
      • Laporan Risikan Pasaran Bulanan
      • Laporan Risikan Pasaran Tahunan
    • Forum
    • Pusat-Pusat Pemeriksaan Ikan
    • Kompleks Pemeriksaan Ikan
    • Medan Ikan Bakar
  • Berita & Peristiwa
    • Pengumuman
      • Umum
      • Tender
      • Sebutharga
      • Pekerjaan
      • Latihan Dan Kompetensi
      • Sukatan PTK
    • Dalam Akhbar
    • Kenyataan Media
    • Galeri
      • Foto
      • Video
    • Arkib
      • Artikel

Info LKIM

  • Perutusan
    • Ucapan Pengerusi
    • Ketua Pengarah
  • Profil
  • Organisasi
Info LKIM » Perutusan » Ketua Pengarah
Print this page
UCAPAN KETUA PENGARAH 
 

Mesej

KETUA PENGARAH

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

Maklumat adalah elemen terpenting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Hakikat ini tidaklah sukar untuk difahami bilamana kita melihat peranan yang boleh dimainkan oleh maklumat dalam menggerakkan agenda organisasi. Dalam konteks LKIM, aspek maklumat ini boleh dilihat daripada dua sudut. Pertama, sebagai agensi pembangunan, LKIM bertanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai visi, misi serta objektif kewujudannya kepada khalayaknya. Hal ini penting bagi merangsang penglibatan serta kerjasama pihak terbabit dalam merealisasikan hakikat kewujudannya itu. Sudut kedua pula melibatkan soal maklumbalas daripada khalayak tadi terhadap apa yang dilaksanakan oleh LKIM. Maklumat ini penting untuk LKIM melakukan penyesuaian terhadap perancangan seterusnya dalam program-program yang hendak dilaksanakan supaya ianya akan lebih berkesan.

Bila bercakap mengenai maklumat ini, kita tidak dapat lari dari turut menyentuh mengenai saluran penyampaiannya. Dalam suasana globalisasi masakini penyaluran maklumat perlu dilihat secara lebih dinamik yakni di sudut pendekatan penyampaiannya. Ertinya, organisasi perlu peka dengan pelbagai teknik penyampaian agar maklumat yang hendak disalurkan dapat sampai dengan kadar segera. Ini akan mempercepatkan pula maklumbalas diterima bagi melakukan sebarang langkah pembaikan sekiranya perlu.

Melihat pentingnya persoalan penyaluran maklumat inilah, maka saya merasakan amat tepat LKIM mempunyai sebuah laman sesawang (laman Web) bagi memaklumkan kepada semua pihak yang berkaitan dengan LKIM khas para nelayan, persatuan nelayan, usahawan perikanan dan lain-lain entiti yang berkenaan, mengenai usaha yang dijalankan untuk kepentingan bersama terutamanya dalam merealisasikan agenda Program Transformasi Kerajaan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita.

Saya amat berharap laman ini akan memuatkan maklumat-maklumat program LKIM yang berfaedah dan mampu melahirkan suatu tindakbalas ke arah memajukan lagi industri perikanan negara. Saya juga berharap agar laman informasi ini akan sentiasa dikemaskinikan bagi memberikan impak maksima ke atas pihak-pihak yang melayarinya.

Saya yakin dengan adanya laman ini akan mendekatkan lagi hubungan LKIM dengan penggerak industri perikanan dalam usaha kita untuk turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha mewujudkan laman ini untuk memudahkan akses pihak-pihak berkenaan kepada LKIM. Kepada para pengguna maklumat, LKIM amat mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi pintu yang cukup bermakna untuk tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bagi mengenali LKIM bahkan untuk berinteraksi secara lebih luas dengan program serta aktiviti LKIM. Semoga dengan perkongsian maklumat ini kita akan dapat sama-sama menyumbang kepada kejayaan agenda negara kita

Sekian, Selamat Majujaya.

Y.H. DATO’ HJ. MOHAD KHAZIN BIN HAMZAH

 

 

MyGovernment MAMPU Ministry Of Agriculture & Agro-Based Industry Malaysia Department Of Agriculture Malaysia Department Of Fisheries Malaysia Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia MARDI FAMA Lembaga Pertubuhan Peladang Jabatan Meteorologi Multimedia Super Coridor Malaysia AGROBANK 1Malaysia
  
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
Tingkat 3, Menara Olympia, Jalan Raja Chulan, Peti Surat 12630, 50200 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-26177000 Faks : 03-20709331
E-mel: info@lkim.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2012 © Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Terma & Syarat| Dasar Privasi| Penafian| Dasar Keselamatan ICT
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768