Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Soalan Lazim

Last updated : 09/10/2015

1. Apakah kelebihan 'Pasar Nelayan' berbanding dengan pasar terbuka yang lain?

Last updated : 09/10/2015

  1. Ikan yang dijual adalah ikan segar dan diperolehi terus daripada nelayan
  2. Semua produk jualan disyaratkan BERSIH, SEGAR, BERKUALITI DAN HARGA BERPATUTAN.
  3. Hampir keseluruhan yang berniaga terdiri daripada nelayan dan keluarga nelayan.

2. Bagaimana saya boleh menyertai Pasar Nelayan?

Last updated : 09/10/2015

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat Kompleks LKIM atau pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) berhampiran dengan operasi Pasar Nelayan tersebut untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut. Maklumat juga boleh diperolehi daripada pejabat LKIM Negeri.

3. Siapakah boleh menyertai Pasar Nelayan?

Last updated : 09/10/2015

Nelayan dan keluarga Nelayan. Bagaimanapun bagi kategori produk jualan luar sektor perikanan seperti sayuran, daging dan lain-lain, pertimbangan boleh diberikan kepada mereka yang berminat.

4. Berapakah bayaran dikenakan bagi menyertai Pasar Nelayan?

Last updated : 09/10/2015

Permulaan berniaga tidak dikenakan bayaran.Bagaimanapun pada masa akan datang sedikit caj akan dikenakan bagi menampung pembayaran kerja-kerja pembersihan tapak, bekalan air dan yang berkaitan.

5. Bagaimana dengan penyediaan peralatan setiap produk jualan?

Last updated : 09/10/2015

Hampir kesemua peralatan jualan disediakan oleh LKIM. Ia bagi mengurangkan bebanan peserta di dalam penyediaan peralatan jualan yang menekankan konsep keseragaman, kebersihan dan menerapkan ciri-ciri ‘Amalan Pemasaran Yang Baik’ (GMP)Soalan-soalan lazim yang biasa diajukan oleh pengguna.

Untuk soalan yang tidak dinyatakan disini, anda boleh menghantar sebarang pertanyaan ke info@lkim.gov.my atau sila gunakan Sistem Maklum Balas di Laman Utama portal ini. Terima kasih.