e-Dana Sistem e-Dana merupakan sistem permohonan pinjaman Dana Nelayan LKIM secara online. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan permohonan pinjaman, pemantauan pinjaman serta laporan prestasi pinjaman setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). |
e-Pelesenan Sistem e-Pelesenan memberi kemudahan kepada pengguna awam khususnya pengimport / pengeksport / pemborong / peniaga ikan untuk memohon lesen berniaga ikan secara atas talian (online). Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh LKIM ialah Lesen Import , Eksport, Runcit, Borong dan Borong (Premis Persendirian). Sistem ini juga memudahkan para pegawai LKIM untuk memproses, mengurus, melulus dan mencetak lesen yang dipohon sekaligus memendekkan proses permohonan dan kelulusan kepada 10 hari bekerja. |
Goe-Egdms GOE-EGDMS merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi-agensi kerajaan menguruskan dokumen dengan lebih efektif dan efisien. |
e-Nelayan Sistem e-nelayan adalah merupakan satu mekanisma kawalan terhadap jualan minyak bersubsidi yang telah memberi banyak faedah dan input yang besar kepada kerajaan. Ia adalah sistem yang memantau pelaksanaan skim subsidi bahan bakar iaitu diesel dan petrol kepada golongan nelayan di Malaysia. Semua rekod transaksi serta kawalan subsidi dapat dikesan secara ‘realtime’ melalui sistem yang telah dibangunkan. |
e-Pengisytiharan Sistem e-Pengisytiharan merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu LKIM untuk merekod semua maklumat pendaratan ikan bagi pemilik-pemilik bot yang menikmati skim minyak bersubsidi yang hanya digunakan untuk aktiviti menangkap ikan. Sistem ini juga berupaya untuk merekod, mengawal dan mengurus pembayaran Elaun Sara Hidup sebanyak RM200.00 serta Insentif Tangkapan Ikan sebanyak RM0.10/kg kepada para nelayan berdaftar yang mendarat dan mengisytiharkan pendaratan mereka kepada LKIM. |