Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN LKIM

Komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:-

  1. Memberikan Keputusan Pendaftar Ke Atas Permohonan Projek Ekonomi, Kategori Keahlian dan Cadangan Pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan Dalam Tempoh Tiga Puluh (30) Hari.
  2. Memastikan Peruntukan Pembangunan Dibelanjakan Sepenuhnya Pada 31 Oktober.
  3. Memastikan Semua Tuntutan Dibayar Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dengan Syarat Dokumen-Dokumen Sokongan Lengkap.
  4. Memberikan Keputusan Permohonan Lesen Berniaga Ikan LKIM Dalam Tempoh:-
    I. Empat Belas Hari (14) Untuk Permohonan Baru;
    II. Satu (1) Jam Untuk Permohonan Pembaharuan. Dengan Syarat Semua Maklumat Atau Dokumen yang Dikehendaki Lengkap Dan Memenuhi Syarat-Syarat Yang Ditetapkan.
  5. Memberi Maklumbalas Dalam Masa:-
    I. Satu (1) Hari Untuk Aduan Media
    II. 14 hari Untuk Aduan Awam dan Surat-Surat Rasmi.
  6. Mengemukakan Laporan Tahunan Ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 30 September.
  7. Memberikan Keputusan Ke Atas Permohonan Kad e-Diesel/e-Petrol Yang Diterima Dari LKIM Negeri Dalam Tempoh Satu (1) Hari.
  8. Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Dibayar Pada Setiap 15 Haribulan.
  9. Mengeluarkan Surat Kelulusan Pendaftar Ke Atas Akaun Teraudit Persatuan Nelayan (PN) Dalam Masa Dua Puluh (20) Hari.

 

Pencapaian Piagam Pelanggan bagi tahun 2017

* Pencapaian Piagam Pelanggan LKIM dikemaskini 3 bulan sekali (Quarterly)