Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) LKIM

1. Meningkatkan pendapatan sebanyak RM 300.00 / bulan kepada 200 orang penerima bantuan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Masyarakat Nelayan.

2. Meningkatkan pendapatan sebanyak RM 300.00 / bulan kepada 200 orang penerima bantuan dibawah Program Azam Tani.

3. Menaiktaraf 5 buah Kompleks dan Pelabuhan bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

4. Memperkukuhkan Program Perumahan Nelayan dengan menetapkan aktiviti pembaikpulihan 4000 buah rumah, pembinaan 400 buah rumah, 4 penempatan nelayan dan 37 buah kampung untuk keceriaan kampung nelayan.

5. Mengeksport produk 5 usahawan (tahap 5) ke negara Asean serta 3 outlet di negara pengimport dan 3 syarikat berjaya melaksanakan padanan perniagaan (bussiness matching).

6. Meggalakkan 70 Persatuan Nelayan membeli ikan secara terus daripada 6,000 orang nelayan dengan jumlah kendalian 2,250 mt.

7. Membina 4 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan Akuakultur melibatkan 4 orang peserta dengan jumlah kendalian adalah 100 mt.

8. Membina 20 buah pasar nelayan dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM 40 juta serta 800 nelayan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak RM 2,000.00 setiap orang.

9. Membangunkan 50 usahawan agropreneur muda tahap 1 dan 2 melalui program Geran Pemadanan.

10. Mempertingkatkan kemahiran dan modal insan untuk 658 orang nelayan melalui 21 kursus yang dilaksanakan.

11. Menjadikan Kompleks LKIM Labuan sebagai Hub Pendaratan Tuna dengan kuantiti pendaratan 30 mt.

12. Menyediakan keperluan harian bagi 52,000 orang penerima faedah melalui Program Pemberian Makanan Nelayan 1 Malaysia (MN1M)