Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pembangunan Akuakultur

Last updated : 15/10/2015

Aktiviti 3 : Projek Penetasan Benih Ikan, Sabah

1. Objektif Projek

  • Mengeluarkan dan membekal benih ikan projek-projek ternakan ikan LKIM dan pihak swasta di Sabah.
  • Membantu mengurangkan import benih ikan marin dari negara luar.
  • Membantu memajukan industri ternakan ikan negara khususnya akuakultur sangkar.

2. Komponen Projek

  • Pelaksanaan projek ini melibatkan pembinaan pusat penetasan, pembekalan dan pemasangan infrastruktur kelengkapan penetasan serta khidmat perundingan bagi kajian kesesuaian kawasan (kualiti sumber air dan lain-lain).
  • Pengeluaran benih melibatkan penggunaan induk-induk (broodstock) ikan dari sumber tempatan. Sebanyak 10 pusingan penetasan benih ikan akan dijalankan setahun untuk mengeluarkan sebanyak 100,000 – 500,000 benih ikan bersaiz 3 gm.
  • Projek penetasan akan diuruskan sepenuh masa oleh kakitangan projek. Keperluan kakitangan adalah seperti berikut:
    1. Pengurus – 1 (E03)
    2. Juruteknik – 1 (E01)
    3. Penyelia – 1 (E07)
    4. Kerani Akaun/Jurutaip – 1 (C11)
    5. Buruh – 1 (R11)
    6. Pemandu – 1 (R10)
  • Pembinaan projek dijangka akan mengambil masa selama 1 tahun dan projek akan mula beroperasi selepas itu.

Aktiviti 4 : Projek Rumpai Laut, Sabah

1. Objektif Projek

  • Membantu melengkapkan kawasan pembangunan khas bagi rumpai laut dengan infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan dan pemprosesan produk nilai tambah berasaskan rumpai laut. Disamping itu usaha dibuat secara berterusan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan baru yang berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut.
  • Membantu meningkatkan bekalan bibit [benih] rumpai laut yang berkualiti dengan mengadakan nurseri dan bank bibit/baka rumpai laut. Aktiviti ini boleh menjamin bekalan kualiti benih disamping pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha. Pengeluaran rumpai laut kering bagi kawasan seluas 1 hektar dianggarkan 8.4 metrik tan setahun (4 pusingan setahun x 3,000 bibit x 10 baris x 1.0 kg x 70% hidup x 10% kering).
  • Meningkatkan pengeluaran rumpai laut melalui penyediaan bantuan serta insentif oleh pihak Kerajaan dalam bentuk infrastruktur, insentif cukai, dana dalam bentuk pembiayaan mudah dan sokongan R & D.

2. Komponen Projek

Komponen-komponen utama projek yang dicadangkan ini ialah menyediakan infrastruktur asas/logistik yang baik, aspek-aspek teknologi dan pengembangan, sistem sokongan industri dan galakan pengkulturan.

Pemberian pelbagai insentif dan bantuan kepada kumpulan sasar [100 orang peserta].

  • Menyedia Infrastruktur/Logistik Yang Baik
    • Membangun kawasan baru – Zon Industri Rumpai Laut Negara
      – Kawasan dikenalpasti : 2,000 ha
      – Menangani isu tapak dengan kerajaan negeri.
    • Mempromosi dan mempeluas kawasan pengkulturan.
    • Mewujudkan pusat pengumpulan dan pengeringan rumpai laut.
  • Teknologi dan Pengembangan
    • Pengeluaran baka/bibit
      – Pemilihan ‘strains’ terbaik melalui kultur tisu
    • Mewujudkan Nurseri Rumpai Laut
      – Menggalakkan pelabur/rakan kongsi.
    • Memperkenalkan teknologi baru bagi pengkulturan/perladangan rumpai laut.
  • Sistem Sokongan Industri
    • Pembangunan sumber manusia
      – Pekerja mahir untuk makmal, kultur,pemprosesan, pembungkusan.
    • Khidmat Nasihat Dan Teknologi Berkaitan
      – Khidmat teknikal
    • Pembangunan Usahawan Rumpai Laut
      – Perladangan/ Nurseri dan Pemerosesan
    • Insentif Pelaburan (Akta Promosi Pelaburan)
      – Menyedia insentif pelaburan dalam industri pertanian.
  • Galakan Pengkulturan
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Pages: 1 2