Pejabat Pendaftar Persatuan Nelayan

MISI

  • Melahirkan Persatuan Nelayan yang berdaya saing diperingkat global dan mematuhi Peruntukan-Peruntukan Perundangan Persatuan Nelayan.

OBJEKTIF

  • Memastikan Perjalanan Persatuan Nelayan Mematuhi Kehendak Perundangan Persatuan Nelayan.
  • Memastikan Kepentingan Dan Hak Ahli Persatuan Nelayan Terjamin

 

TUGAS SEKSYEN DAN UNIT

 

A. Tugas-tugas Unit Latihan dan Pengurusan Persatuan Nelayan
  • Urusetia latihan / Perundangan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Wakil-Wakil Ahli Persatuan Nelayan.
  • Sebagai penceramah kursus serta memberi khidmat nasihat kepada Persatuan Nelayan.
  • Menyediakan nota-nota kursus Perundangan, panduan / prosedur Perundangan Persatuan Nelayan.
  • Menguruskan surat panggilan kursus, latihan dan peralatan kursus.
  • Urusetia JawatanKuasa kelulusan projek serta aktiviti Persatuan Nelayan.
  • Urusetia kelulusan Pendaftar keatas kelulusan lawatan serta penubuhan tabung-tabung oleh Persatuan Nelayan.
  • Menguruskan surat-surat atau notis kelulusan Mesyuarat Agong Tahunan PNK, PNN dan NEKMAT.
  • Menguruskan urusan semakan kategori ahli-ahli serta Ahlli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan.
  • Menguruskan urusan semakan dan teguran minit-minit mesyuarat Persatuan nelayan.

 

B. Tugas-tugas Unit Naziran dan Perundangan
  • Urusetia naziran dan penguatkuasaan Persatuan Nelayan.
  • Menguruskan urusan cadangan pindaan perlembagaan serta menggunapakai perlembagaan Persatuan Nelayan Kawasan yang baru.
  • Menguruskan urusan penggantungan serta pembubaran Persatuan Nelayan.
  • Menguruskan urusan penubuhan,pendaftaran serta pemecahan Persatuan Nelayan.
  • Mengemaskini Pekeliling dan Arahan Pendaftar.
  • Menguruskan urusan Perlantikan / Pewartaan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pegawai Penyelia Negeri.
  • Menguruskan urusan perlantikan Wakil-Wakil Pendaftar.

 

C. Tugas-tugas Unit Pentadbiran
  • Menguruskan fail-fail Pejabat Pendaftar Pertubuhan Nelayan.
  • Menerima serta merekod terimaan surat dan surat keluar.
  • Menguruskan peralatan dan alatulis Pejabat Pendaftar.
  • Menguruskan urusan fax serta pos surat-surat keluar.

 

D. Tugas-tugas Unit Akaun / Audit
  • Pengurusan Akaun
  • Menyedia dan mengemaskini Akaun Penutupan Pendaftar.
  • Membantu mempraktikkan penyediaan akaun PN dalam sistem UBS.
  • Mengawasi pelaksanaan sistem UBS.
  • Berurusan dengan UBS Corporation bagi peningkatan sistem.
  • Menyediakan Manual UBS.
  • Mengawalselia penyediaan akaun penamat PN.
  • Memberi latihan/kursus dan tunjuk ajar dalam menyediakan Akaun Penamat.
  • Menyedia dan mengemaskini Manual Perakaunan Persatuan Nelayan.
  • Pengurusan Kewangan Persatuan Nelayan
  • Memproses dan meluluskan permohonan pembahagian keuntungan.
  • Mengenalpasti dan membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan PN yang berada ditahap sederhana dan lemah.
  • Mengkaji dan memberikan pandangan kewangan keatas permohonan Pelaburan PN sebelum dikeluarkan keputusan Pendaftar.
  • Mengawasi penyediaan bajet dan perbelanjaan berdasarkan bajet.
  • Menyedia dan mengawasi kaedah perolehan PN.
  • Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan.
  • Menyediakan permohonan baget Pendaftar.
  • Mengawal Vot peruntukan Pejabat Pendaftar.
  • Pengurusan Audit Persatuan Nelayan
  • Menyemak dan meneliti laporan Audit.
  • Mengeluarkan surat teguran Pendaftar.
  • Menyediakan daftar Juruaudit.
  • Memberi kelulusan kepada individu-individu berkelayakan untuk mengaudit akaun PN.
  • Mengurus dan memantau kutipan hasil Fee Audit Pendaftar.
  • Memproses permohonan tabung audit PN.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

Komitmen kami ingin memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berusaha untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:-
  • Menguruskan dan memberikan keputusan untuk penubuhan dan pendaftaran keatas mana – mana permohonan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Sementara Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat dokumen dikemukakan adalah lengkap.
  • Menyiasat dan memberikan Jawapan Pendaftar keatas semua kes pertikaian ahli yang di rujuk ke Pejabat ini dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat mengemukakan bersama bukti / dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Menyemak dan menyediakan Jawapan Pendaftar keatas permohonan pendaftaran sebagai Panel Juruaudit Berdaftar Persatuan Nelayan bagi membolehkan mengaudit Akaun Penamat Persatuan Nelayan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat mengemukakan maklumat / dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Memberikan keputusan keatas cadangan bagi menjalankan projek – projek ekonomi, pelaburan, pinjaman luar dan penubuhan syarikat subsidiari oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 20 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap dan mendapatkan ulasan serta sokongan Pegawai Penyelia Negeri / Ketua Wakil Pendaftar.
  • Menyemak dan Memberikan Jawapan Pendaftar keatas cadangan membuat pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan dengan syarat lengkap dengan ulasan dan sokongan Pegawai Penyelia Negeri / Ketua Wakil Pendaftar.
  • Mendaftarkan Pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan dengan syarat dokumen dikemukakan lengkap.
  • Memberikan Jawapan Pendaftar keatas permohonan Penggunaan Kumpulan Wang Persatuan Nelayan dalam tempoh 10 hari bekerja dengn syarat mengemukakan dokumen lengkap serta ulasan dan sokongan Pegawai Penyelia Negeri / Ketua Wakil Pendaftar.
  • Memberikan Keputusan Pendaftar keatas cadangan pemberian Bonus dan Honorarium serta Dividen dalam tempoh 10 hari bekerja dengan syarat dokumen disertakan lengkap.
  • Mengemukakan cadangan Perlantikan dan Pembatalan Lantikan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pegawai Penyelia Persatuan Nelayan Negeri untuk diwartakan kepada Menteri dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh lantikan atau kekosongan dengan syarat mendapat makluman rasmi dari Bahagian Khidmat Pengurusan LKIM.
  • Memberikan Kebenaran bertulis notis Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa kepada Persatuan Nelayan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

Disediakan oleh :
Pejabat Pendaftar
Persatuan Nelayan MALAYSIA


Hubungi kami:
Bahagian Pejabat Pendaftar Persatuan Nelayan,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 1, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80649000
Fax : 03-80602357
Email : pejabatpendaftar@lkim.gov.my