Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Medan Ikan Bakar

Last updated : 15/10/2015

Medan Ikan Bakar

Kemudahan penyediaan makanan seperti Restoran/Medan Ikan Bakar adalah merupakan penyumbang terbesar dalam program ini. Projek yang mampu menjana pendapatan dengan purata RM0.5 juta setahun bagi satu lokasi adalah antara projek utama yang kini mendapat perhatian.

Medan Ikan Bakar

Dengan berkonsepkan ‘Masakan Ikan Segar’ dan bekalan hasil laut yang diperolehi terus daripada Projek Pemasaran Ikan, Persatuan Nelayan kini mampu menjadikan projek ini antara projek teras LKIM selain daripada membuka peluang kepada ahli keluarga nelayan meningkatkan pendapatan mereka. Bantuan yang diperolehi adalah berbentuk pembinaan dan naik taraf Restoran/Medan Ikan Bakar, pemberian peralatan, promosi dan penjenamaan serta pembangunan sumber manusia melalui penganjuran kursus dan latihan praktikal. Sebanyak 23 buah projek Restoran / Medan Ikan Bakar telah dijalankan di seluruh Malaysia.

Medan Ikan Bakar,Klik Untuk Besarkan Imej
Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:

  • 120 km dari Pusat Bandar Ipoh-2 Jam
  • 17 km dari Pusat Bandar Teluk Intan-30 minit

Jenis Aktiviti / Tarikan Utama

  • Medan Ikan Bakar
  • Kilang Memproses Belacan

Kemudahan Pengangkutan

  • Kereta api (Dari Stesen KL Sentral ke Ipoh)
  • Bas (Dari Puduraya / Jalan Duta ke Teluk Intan)
  • Teksi (Dari Teluk Intan ke Bagan Datoh)

Kemudahan Penginapan / Pakej

» Pakej Penginapan

  • Terdapat 38 buah rumah berdaftar
  • Terdapat rumah 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik mengikut kehendak pelancong
  • Mempunyai Single Bed / Double Bed untuk pilihan
  • Pakej 2 hari 1 malam
    • RM70.00 / malam bagi pelancong domestic
    • RM80.00 / malam bagi pelancong asing
    • RM30.00 / malam bagi pelajar 12 tahun ke atas

» Bayaran tersebut adalah seperti berikut:

  • RM50.00 (makan & tempat tinggal)
  • RM20.00 (aktiviti yang disediakan)

Pakej Makanan

  • Ala-ala kampung mengikut citarasa pelancong
  • Roti dan mentega disediakan bagi pelancong asing yang tidak sesuai makanan ala kampung

Peta Lokasi
Klik Untuk Besarkan Imej Peta Lokasi
PNK Hilir Perak
Lot 199 Jalan Basan Batoh Simpang Empat,
Hutan Melintang,

Medan Ikan Bakar Pontian,Klik Untuk Besarkan Imej

Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:

  • 2 km dari Pusat Bandar Pontian – 45 minit
  • 70 km dari Pusat Bandar Batu Pahat – 45 minit

Jenis Aktiviti / Tarikan Utama

  • Medan Ikan Bakar
  • Sportfishing
    • Kelong
    • Tepi Pantai
  • Bersiar-siar ke Pulau Pisang

Kemudahan Pengangkutan

  • Kapal Terbang (Dari KL ke Johor Bahru (Senai)
  • Bas (Dari KL, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar ke Medan Ikan Bakar)
  • Van (Dari Singapura ke Medan Ikan Bakar)
  • Teksi (Dari Bandar Pontian ke Medan Ikan Bakar)

Kemudahan Penginapan / Pakej

  • Sarapan Pagi
  • Makan Tengah hari
  • Makan Malam (Ikan Bakar dan Lain-lain Makanan Laut)

Peta Lokasi

Peta Lokasi Medan Ikan Bakar Pontian, Klik Untuk Besarkan Imej
PNK Pontian
Lot 6405,Jalan Alsagoff,
Pontian Besar,
82000, Johor
No.Tel: 07-6879546
No.Fax:07-6879546

Medan Ikan Bakar Kemasik, Klik Untuk Besarkan Imej
Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:

  • 42 km dari Pusat Bandar Kemaman-45 minit
  • 35 km dari Pusat Bandar Dungun-35 minit

Jenis Aktiviti / Tarikan Utama

  • Medan Ikan Bakar
  • Sportfishing / Tukun
  • Memancing di Pantai

Kemudahan Pengangkutan

  • Kapal Terbang (Dari KLIA ke Kuantan)
  • Bas (Dari Hentian PAKA / Kuantan ke Kerteh)
  • Teksi (Dari Kuantan ke Kerteh)

Peta Lokasi

Peta Lokasi Medan Ikan Bakar Kemasik, Klik Untuk Besarkan Imej
PNK Kemasik
No.7819, Kampung Gelugor,
Kerteh 24300, Terengganu

Medan Ikan Bakar Kuala Kedah, Klik Untuk Besarkan Imej
Jarak Dari Pusat Bandar Terdekat:

  • 12 km dari Bandar Alor Setar
  • 1.5 km dari Jeti Feri Kuala Kedah ke Langkawi

Jenis Aktiviti / Tarikan Utama

  • Jeti ke Langkawi
  • Kota Bersejarah Kuala Muda
  • Muzium Kota Kuala Kedah

Kemudahan Pengangkutan

  • Kapal Terbang (MAS / Air Asia ke Kepala Batas)
  • Bas ( Awam (dari Alor Setar))
  • Teksi ( Awam (dari Alor Setar))

Kemudahan Lain

  • Parking ke Langkawi
  • Pusat Pemprosesan Isi Ikan

Pakej

  • Pakej jamuan menu RM15, RM20, RM25, RM30 (1 orang / minima 7 orang)
  • Sedia Menerima Tempahan mengikut permintaan pelanggan

Peta Lokasi

Peta Lokasi Medan Ikan Bakar Kuala Kedah, Klik Untuk Besarkan Imej
PNK Kuala Kedah, Kedah
Lot 634 Jalan Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah,
Kedah.
No.Tel:04-7627014
No.Fax:04-7626389
www.pnkk.com.my