Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan dan Penguatkuasaan

OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN

  • Mengawalselia Kompleks/Labuhan perikanan seluruh Negara dan memastikan kepatuhan minimum (minimum compliances) sebagai pengkalan pendaratan ikan.
  • Memastikan kendalian ikan yang baik (Good Handling Practice) diamalkan di semua Kompleks/Labuhan pendaratan supaya bekalan ikan segar dan berkualiti inggi dan selamat dimakan.
  • Memastikan LKIM sebagai salah satu ‘Competent Authority’ yang diiktiraf dalam menentukan ‘market access’ produk perikanan, dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.
  • Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memastikan ‘market access’ eksport produk perikanan Negara tidak terhalang disebabkan isu SPS.
  • Menguatkuasakan Undang – Undang Sebagaimana Yang Termaktub Di Dalam Akta LKIM 1971dan Undang- Undang Yang Wujud Di Bawahnya Seperti Kaedah-Kaedah LKIM (Kompleks, Labuhan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 dan Kaedah-Kaedah Pemasaran Ikan 2010 dan Membuat Pemantauan dan Pengawasan Bekalan Minyak Diesel dan Petrol Bersubsidi Untuk Nelayan.
FUNGSI BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN

  • Mengaudit semua Kompleks/Labuhan perikanan serta mengeluarkan Sijil Pematuhan Penuh kepada yang layak
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek penyenggaraan serta sanitasi dan hygience.
  • Melaksanakan malan pengendalian ikan yang baik di sepanjang rantaian pemasaran produk perikanan di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • Menyelaraskan peraturan dan piawaian/standard berkaitan kualiti dan keselamatan makanan berasaskan ikan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM bagi memastikan produk perikanan Negara memenuhi tahap keperluan piawaian kualiti serta keselamatan makanan di peringkat domestic dan antarabangsa.
  • Menjadi satu Agensi bertauliah (Competent Authority) yang bertanggungjawab terhadap pengawalan kebersihan persekitaran dan kualiti ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Membuat Pemeriksaan dan Penguatkuasaan Ke Atas Pengguna-Pengguna Di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM; Di Pasar Borong Yang Diwartakan dan atau Premis Jualan Borong atau Premis Jualan Runcit Yang Mendaftar Dengan LKIM.
  • Menjalankan Tindakan Penguatkuasaan Meliputi Tangkapan, Saman, Penyiasatan, Pendakwaan dan Perbicaraan Di Mahkamah Seksyen.
  • Membuat Pemantauan dan Pengawasan Pengisytiharan Pendaratan Ikan dan Bekalan Minyak Diesel & Petrol Bersubsidi Untuk Nelayan Bagi Tujuan Menangkap Ikan.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN

Komitmen Kami untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Menjalankan pemeriksaan verifikasi untuk pengiktirafan pusat pendaratan ikan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua maklumat/dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Mengiktiraf Pusat Pendaratan Ikan dalam tempoh 14 bekerja dengan syarat pusat pendaratan ikan berkenaan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

FUNGSI SEKSYEN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN
  • Mengwartakan semua Kompleks dan Labuhan Perikanan termasuk milik swasta.
  • Mengaudit semua Kompleks/Labuhan perikanan serta mengeluarkan Sijil Pematuhan Penuh kepada yang layak.
  • Memeriksa dan menilai semula permohonan baru untuk akreditasi.
  • Menjalankan pemeriksaan berjadual bagi memastikan Minimun Compliances dipatuhi.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek penyenggaraan serta sanitasi dan hygience.
  • Memastikan logistik pengangkutan ikan ke kilang-kilang mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
FUNGSI SEKSYEN KUALITI IKAN
  • Melaksanakan amalan pengendalian ikan yang baik di sepanjang rantaian pemasaran produk perikanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan pengawalan kualiti ikan dengan melaksanakan pemantauan tahap kesegaran ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Mewujudkan pengawalan pencemaran ke atas ikan dengan melaksanakan pemantauan tahap Kebersihan persekitaran di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Menyelaraskan peraturan dan piawaian/standard berkaitan kualiti dan keselamatan makanan berasaskan ikan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM bagi memastikan produk perikanan Negara memenuhi tahap keperluan piawaian kualiti dan keselamatan makanan di peringkat domestik dan antarabangsa.
  • Menjadi satu Agensi bertauliah (Competent Authority) yang bertanggung jawab terhadap pengawalan kebersihan persekitaran dan kualiti ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Menyelaraskan program latihan, kajian dan lawatan bersama Institut Pengajian Tinggi atau lain-lain agensi kerajaan.

FUNGSI SEKSYEN PENGUATKUASAAN

  • Penguatkuasaan ke atas pematuhan Akta LKIM 1971 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
PROGRAM/AKTIVITI
  • Pendaftaran Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan jeti perikanan ikan.
  • Pengiktirafan tempat mendaratkan ikan untuk eksport ke Kesatuan Eropah.
  • Pemeriksaan berkala bagi memastikan kepatuhan minima dipatuhi.
  • Khidmat nasihat kepada pengendali pusat pendaratan dari aspek penyenggaraan, sanitasi dan kebersihan.
  • Latihan Good Handling Practice (GHgP) dan Good Hygiene Practice (GHP) kepada pengendali pusat pendaratan.
  • Senarai Borang Permohonan dan garispanduan (muat turun).
  • Peraturan-Peraturan LKIM dan Labuhan, Kompleks dan jeti yang diwartakan.

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SEKSYEN PENGUATKUASAAN

  • Menjalankan tindakan penguatlkuasaan meliputi siasatan,tangkapan,saman,pendakwaan dan perbincaraan di mahkamah.
  • Membuat pemantauan dan pengawasan pengistiharaan pendaratan ikan dan jualan bahan api bersubsidi untuk nelayan.
  • Menjadi urusetia Task Force di peringkat ibu pejabat bagi Pemantauan Skim Subsidi Diesel dan Petrol untuk nelayan.
  • Mengadakan sekatan eksport ikan rakyat dan spesies ikan terpilih pada musim perayaan, tengkujuh atau mengikut keperluan munasabah menerusi Jawatankuasa Kawalan Import Eksport hasil Pertanian MOA.
  • Menjalankan kerja-kerja arahan percetakan terhadap perundangan yang baharu diluluskan, undang-undang sedia ada dipinda atau langkah-langkah pentadbiran.
  • Mengurus dan membekal keperluan logistic termasuk pakaian seragam,aksesori,surat & kad kuasa,dokumen kawalan dan latihan.
  • Mengurus lesen induk senjata api LKIM dan lesen C&U serta menyelaras keperluan untuk pegawai yang diberi kuasa.
  • Membuat permohonan pewartaan kepada PUU MOA untuk kerja-kerja pewartaan mana-mana Kompleks/Pintu Masuk & Keluar yang sah,Pasar Jualan Borong dan Pasar Jualan Runcit.
  • Membuat pemurnian terhadap Dasar, Kehendak & Arahan LKIM kepada MAQIS bagi menguatkuasakan kawalan import dan eksport ikan dan hasil perikanan di pintu masuk/keluar.
  • Membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas peniaga ikan di kompleks pendaratan ikan LKIM, pasar borong yang diwartakan atau premis jualan borong dan runcit yang didaftarkan dibawah LKIM.
  • Membuat peraturan bagi mengawal pemindahan ikan.
PENDAFTARAN KOMPLEKS PERIKANAN, LABUHAN PERIKANAN DAN JETI PERIKANAN IKAN

Di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 yang berkuatkuasa mulai 9 April 2010, mana-mana orang yang mengendalikan mana-mana jeti pendaratan ikan persendirian hendaklah mendapat kebenaran Lembaga.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengendalikan jeti pendaratan ikan hendaklah berhubung terus dengan:

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 5, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel : 03- 80649000
Fax : 03-80603709

PROGRAM PENGIKTIRAFAN TEMPAT MENDARATKAN IKAN UNTUK EKSPORT KE KESATUAN EROPAH

  1. PERMOHONAN
    • Permohonan untuk pengiktirafan tempat pendaratan ikan hendaklah dibuat dengan menggunakan ‘Application Form for The Approval of Fish Landing Site In The European Union Supply Chain’ LKIM/EU/01 Form (Appendix 2). Borang Permohonan juga boleh diperolehi daripada:
    iBahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan,
    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
    Aras 5, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
    Pulau Meranti, 47120 Puchong,
    Selangor.
    Tel : 03- 80649000
    Fax :03-80603709
    iiPejabat LKIM Negeri
    iiiLKIM/EU/01 Form (Appendix 2)
    ( Muat Turun | 183kb)
    • Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
    KategoriDokumen
    TanahSalinan Hakmilik atau dokumen perjanjian
    AirPlan Susunatur paip
    Kilang AirbatuKelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
    PekerjaLaporan Pemeriksaan Kesihatan
    Latihan Basic Hygiene
    Amalan KendalianStandard Operating Procedure atau Manual Good Hygiene
    Practices seperti A Guide For Documentation Of Standard
    Operating Procedures And Good Hygiene Practices Manual At Fish Landing Site
    ( A Guide For Documentation of SOP Dec 2009 | 125kb)
    • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan, LKIM Ibu Pejabat atau Pejabat LKIM Negeri.
    • Borang permohonan lengkap yang diterima akan diproses dan diluluskan mengikut garispanduan Standard Operating Procedures (Sop) For The Approval And Official Verification Of Fish Landing Site In The EU Supply Chain.

    (SOP Verifikasi | 182kb)

    • Senarai Tempat Mendaratkan Ikan Diluluskan Untuk Pengeksportan Ikan Dan Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah (EU)
    NegeriTempat Mendaratkan Ikan

    Tempoh Kelulusan

    MulaTamat
     

     

    Sabah

    Kiang Huat Seagull Trading Frozen Sdn. Bhd.
    Jalan Putatatn, Lokawi Off KM 14,
    Jalan Tombovo, Meruntum,
    88100 penampang, Sabah
    P.O. Box 646,Tel: 088-761200
    Fax: 088-765780
    01.03. 201001.03.2011
    Global Ocean Seafood Sdn. Bhd.
    Lot 19, EOIZ, Phase 2, KKIP,
    Jalan Sapanggar, Manggatal
    88450 Kota KinabaluTel: 088-493822
    Fax: 088-493811
    16.03. 201015.03.2011
    QL Marine Products Sdn. Bhd.
    Batu 6.5, Off Jalan Tuaran,
    P.O. Box A 158, 88857 Inanam,
    Kota Kinabalu, Sabah.Tel: 088-422604
    Fax: 088-421943
    14.04. 201013.04.2011
    PerakLeng Wah Fishery Sdn. Bhd,
    Lot 9131, Jalan Tepi Sungai
    36400 Hutan Melintang
    Perak Darul RidzuanTel: 605-6415699
    Fax: 605-6414542
    19.02. 201018.02.2011
    PahangPersatuan Nelayan Negeri Pahang (PERNEPA)
    Kompleks LKIM Kuantan,
    Jalan Seri Kemunting 2, Tanah Putih,
    21500 KuantanTel: 09-5137915
    Fax: 09-5137907
    14.04. 201013.04.2011
    Pulau PinangGoh Siong Tee Marine Products Sdn. Bhd.
    No.9, Lorong IKS, Simpang Ampat D
    Mk.15, Kawasan Industri Simpang Ampat
    14100 Simpang Ampat
    Pulau Pinang
    01.03. 201001.03.2011

PEMERIKSAAN BERKALA BAGI MEMASTIKAN KEPATUHAN MINIMA DIPATUHI
Lanuhan, Kompleks dan jeti pendaratan ikan yang telah diwartakan atau diiktiraf oleh LKIM akan diperiksa secara berkala bagi memastikan semua jeti dan tempat pendaratan ikan mematuhi keperluan minima yang telah ditetapkan oleh LKIM. Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan adalah seperti berikut :-

  • Kendalian dan operasi tempat pendaratan ikan dan jeti pendaratan ikan.
  • Pemeriksaan dan pemantauan Kualiti Ikan.
  • Pemeriksaan Kualiti Air dan Ais.

KHIDMAT NASIHAT KEPADA PENGENDALI PUSAT PENDARATAN DARI ASPEK PENYENGGARAAN, SANITASI DAN KEBERSIHAN

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan memberikan khidmat nasihat kepada pengendali pusat pendaratan melibatkan operasi dan kendalian ikan di jeti dan tempat mendaratkan ikan. Khidmat nasihat ini diberikan secara percuma atas permintaan pengendali pusat pendaratan. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan:

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan,
Aras 5,Wisma LKIM,
Jalan Desaria,
47120 Puchong,Selangor.Tel : 03- 80649000

Fax: 03-80603709

 

LATIHAN GOOD HANDLING PRACTICE DAN GOOD HYGIENE PRACTICE KEPADA PENGENDALI PUSAT PENDARATAN

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan mengendalikan Latihan Good Handling Practice Dan Good Hygiene Practice kepada Pengendali Pusat Pendaratan secara berkala mengikut negeri. Tempoh masa latihan yang diberikan adalah selama 2 hari. Pengendali pusat pendaratan yang berminat boleh menghubungi seperti berikut:

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan,
Aras 5,Wisma LKIM,
Jalan Desaria,
47120 Puchong,Selangor.
Tel : 03- 80649000Fax: 03-80603709

 

Senarai Borang Permohonan Dan Garis Panduan

Senarai Borang

Saiz

Muat Turun

  • Borang Permohonan Jeti Pendaratan Ikan

96kb

Borang Pendaftaran Jeti
  • Borang Permohonan Pengiktirafan Tempat Mendaratkan Ikan Ke Kesatuan Eropah

67kb

Borang Permohonan Pengiktirafan
  • A Guide For Documentation Of Standard Operating Procedures And Good Hygiene Practices Manual At Fish Landing Site

125kb

A Guide For Documentation of SOP Dec 2009
  • A Guide To The Eu Compliance Of Fish Landing Site

120kb

A Guide To The EU Compliance of Fish Landing Site
  • Standard Operating Procedures For The Approval And Official Verification Of Fish Landing Site In The European Union Supply Chain

182kb

SOP Verifikasi
  • Standard Operating Procedure For Monitoring Of Water And Ice Used In The European Union Supply Chain

823kb

SOP Water & Ice
  • Standard Operating Procedures For Organoleptic Examination Of Fishery Raw Material At Fish Landing Site

1875kb

SOP Organoleptic Check 9 April 2010

Peraturan-Peraturan LKIM dan Labuhan, Kompleks dan jeti yang diwartakan

Peraturan

Saiz

Muat Turun

  • Peraturan-peraturan Pemasaran Ikan 2010

Tiada Data

  • Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010

304kb

PU (A) 103 104 105
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kawal Selia Tempat Pendaratan Ikan Bagi Eksport Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2010

Tiada Data

  • Senarai Labuhan, Kompleks dan jeti pendaratan diwartakan

374kb

PU (B) 171 172 2010

Hubungi kami:

Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan,
Aras 5,Wisma LKIM,
Jalan Desaria,
47120 Puchong,Selangor.
Tel : 03- 80649000

Fax: 03-80603709 (kawalselia pendaratan ikan)

Fax: 03-80600982 (penguatkuasaan)